08/02/2018 — Sampah Luar Biasa, MBI Tempatkan Pegawai Di Pasar Awam:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Bagi memastikan kebersihan di pasar awam seluruh bandar raya Ipoh berada di tahap yang baik, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menempatkan seorang pegawai khas b Bagi memastikan kebersihan di pasar awam seluruh bandar raya Ipoh berada di tahap yang baik, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menempatkan seorang pegawai khas b Rating: 0
You Are Here: Home » General » 08/02/2018 — Sampah Luar Biasa, MBI Tempatkan Pegawai Di Pasar Awam:- Datuk Zamri Man

08/02/2018 — Sampah Luar Biasa, MBI Tempatkan Pegawai Di Pasar Awam:- Datuk Zamri Man

perakbn Sampah Luar Biasa MBI Tempatkan Pegawai Di Pasar AwamBagi memastikan kebersihan di pasar awam seluruh bandar raya Ipoh berada di tahap yang baik, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menempatkan seorang pegawai khas bagi tujuan pemantauan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menjelaskan inisiatif itu dibuat bagi mengawal kemasukan sampah yang tidak sepatutnya ke kawasan pasar awam semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Ada yang menjadikan pasar sebagai tapak tempat pelupusan sampah. Jadi kita akan meletakkan di semua pasar-pasar dengan seorang pegawai untuk jaga pasar khususnya di tempat pembuangan sampah ini bagi memastikan orang yg tidak bertanggungjawab contohnya mereka yang membuang sisa binaan, perabot, tayar yang dibuang di pasar.

“Mulai tahun ini, kita pastikan ada seorang pegawai (MBI) untuk jaga kehadiran sampah (di pasar awam),” jelas beliau.

Strategi yang digunakan di bawah Ops Sampab Perayaan itu akan turut digunakan pada musim perayaan yang lain sepanjang tahun.

Kata Datuk Zamri, sebanyak 19 buah pasar awam dikenal pasti akan ditempatkan pegawai terbabit yang mana mereka bertugas mulai seminggu sebelum hingga seminggu selepas musim perayaan.

“Tahun ini kita akan pastikan kawasan pasar kita (bersih) kerana pasar mengalami kehadiran sampah yang luar biasa yang mana sampahnya datang dari merata tempat.

“Kita juga akan adanya program di semua pasar yang nak bersih sampah di lot masing-masing, kita adakan satu hari program bersama mereka iaitu contohnya di pasar Pinji kita nak adakan program itu pada hari Rabu, jadi semua peniaga akan membersihkan lot mereka,” ujar beliau.

Sepanjang pemantauan yang dilakukan setakat ini, jumlah sampah yang terkumpul di setiap pasar sempena Tahun Baharu Cina mencecah tambahan sehingga lima tan sampah setiap pasar.

Selain menempatkan pegawai selama 24 jam di setiap pasar berkenaan, Datuk Zamri memaklumkan pihaknya juga akan menambahkan bilangan tong sampah serta keperluan jentera.

“Jadi kepada pembuang sampah (selain sampah pasar) mereka boleh menghubungi pihak yang oleh bantu selesai masalah mereka. Kita ada senarai kontraktor untuk bantu mereka membuang sampah, jadi mereka boleh hubungi kontraktor…tapi mereka perlu buat bayaran sedikit kepada kontraktor tersebut,” katanya sambil menegaskan tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka gagal patuhi peraturan pembuangan sampah.

Datuk Zamri berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Hamper Tahun Baharu Cina di Ipoh, pagi tadi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top