08/02/2018 — Pembangkang Perlu Berkerjasama, Jangan Tuduh Melulu:- DS Azalina Othman Said Reviewed by Perak BN on . Persidangan Dewan Rakyat pada Mac nanti bakal membentangkan mengenai pembentukan undang-undng baharu berhubung berita palsu, maklum Menteri di Jabatan Perdana M Persidangan Dewan Rakyat pada Mac nanti bakal membentangkan mengenai pembentukan undang-undng baharu berhubung berita palsu, maklum Menteri di Jabatan Perdana M Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/02/2018 — Pembangkang Perlu Berkerjasama, Jangan Tuduh Melulu:- DS Azalina Othman Said

08/02/2018 — Pembangkang Perlu Berkerjasama, Jangan Tuduh Melulu:- DS Azalina Othman Said

perakbn Pembangkang Perlu Berkerjasama Jangan Tuduh MeluluPersidangan Dewan Rakyat pada Mac nanti bakal membentangkan mengenai pembentukan undang-undng baharu berhubung berita palsu, maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othmam Said.

Sehubungan itu, pihaknya akan terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi tujuan perbincangan termasuklah dengan pihak pembangkang.

“Justeru, pihak pembangkang diminta untuk memberikan kerjasama dan tidak membuat tuduhan melulu atas pelaksanaan akta tersebut.

“Ia juga untuk mengelak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas isu ini,” katanya.

Jelasnya lagi, perbincangan harus dilakukan dengan segera kerana pembentukan undang-undang baharu itu nanti bukan hanya merujuk kepada aspek politik namun ia berkait rapat dengan soal keselamatan negara.

Datuk Seri Azalina berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian tambahan antara kerajaan dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang-Asia Afrika (AALCO), di ibu negara pada Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dakwaan bahawa pembentukan undang-undang berita palsu itu sebagai agenda Kerajaan untuk menutup segala isu antaranya tentang 1MDB.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top