08/02/2018 — Dua Hutan Simpan Diceroboh:- Datuk Mohamed Zin Yusop Reviewed by Perak BN on . Hasil rondaan dan pemantauan Jabatan Perhutanan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu, berjaya mengesan aktiviti pencerobohan dua kawasan hutan simpan iaitu di Hutan Hasil rondaan dan pemantauan Jabatan Perhutanan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu, berjaya mengesan aktiviti pencerobohan dua kawasan hutan simpan iaitu di Hutan Rating: 0
You Are Here: Home » General » 08/02/2018 — Dua Hutan Simpan Diceroboh:- Datuk Mohamed Zin Yusop

08/02/2018 — Dua Hutan Simpan Diceroboh:- Datuk Mohamed Zin Yusop

perakbn Dua Hutan Simpan DicerobohHasil rondaan dan pemantauan Jabatan Perhutanan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu, berjaya mengesan aktiviti pencerobohan dua kawasan hutan simpan iaitu di Hutan Simpang Bintang Hijau, Hulu Perak dan Hutan Simpan Pulau Kelumpang, Larut Matang Selama.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin dalam satu kenyataan memberitahu hasil serbuan di Hulu Perak, sebanyak 29 kayu sedia pelbagai jenis dirampas.

“Suspek berjaya melarikan diri, namun kenderaan digunakan iaitu pacuan empat roda jenis Hilux bersama kayu sedia ditinggalkan. Kesemua barang berkenaan dibawa ke stor rampasan untuk tindakan lanjut,” katanya pada hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati aktiviti yang dilakukan adalah menebang dan memproses kayu sedia di kawasan hutan simpan berkenaan.

Sementara itu, pada serbuan kedua di Larut Matang Selama, Datuk Mohamed Zin berkata pihaknya berjaya memberkas dua lelaki masing-masing tempatan dan Indonesia yang didapati terlibat dalam aktiviti menebang kayu bakau tanpa kebenaran.

“Mereka tidak mempunyai pengenalan diri, warga tempatan terbabit diberi bon jaminan polis dan dibebaskan, manakala warga Indonesia ditahan reman selama 14 hari, bermula semalam,” katanya.

Sehubungan dengan dua serbuan itu, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berhubung tangkapan dan sitaan yang dibuat.

“Kedua-dua kes akan disiasat dibawah peruntukan Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian 1985).

“Tahun ini, jabatan akan terus memperkemas penguatkuasaan dengan melaksanakan pemantauan secara berkala lebih kerap ke kawasan pengusahasilan dan hotspot bagi memastikan hutan simpanan kekal tidak dicerobohi,” jelas Datuk Mohamed Zin lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top