07/02/2018 — Pembangkang Dilindungi Undang-undang:- DS Dr Salleh Said Reviewed by Perak BN on . Pembangkang juga akan dilindungi dibawah perundangan dan kaedah khas bagi membanteras berita palsu, jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sall Pembangkang juga akan dilindungi dibawah perundangan dan kaedah khas bagi membanteras berita palsu, jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sall Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 07/02/2018 — Pembangkang Dilindungi Undang-undang:- DS Dr Salleh Said

07/02/2018 — Pembangkang Dilindungi Undang-undang:- DS Dr Salleh Said

MOHD SALLEH SAID KERUAK / TEMURAMAH EKSKLUSIFPembangkang juga akan dilindungi dibawah perundangan dan kaedah khas bagi membanteras berita palsu, jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Sehubungan itu, pakatan pembangkang tidak perlu risau sekiranya undang-undangn itu dibuat kerana ia tidak kena mengena dengan kepentingan politik kerajaan seperti yang didakwa pihak mereka.

“Kita ingin pastikan supaya apa-apa yang ada kaitan dengan keselamatan negara serta boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama hasil daripada penyebaran berita palsu ditangani dengan peruntukan undang-undang yang sesuai.

“Walau bagaimanapun, kita masih belum berbincang dalam Mesyuarat Kabinet dan saya pasti, Datuk Seri Azalina Othman Said, iaitu Menteri yang ditugaskan untuk perkara ini akan bertemu dan berbincang dengan semua pihak berkepentingan untuk meneliti segala isu berbangkit mengenai isu ini,” katanya ketika dipetik daripada laporan media hari ini.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu, namun perkara tersebut tidak bermakna kerajaan mengawal internet.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top