05/02/2018 — #IsuSawitEU Warga FELCRA Perlu Bersama Bantu Kerajaan:- Datuk Saarani Mohamad Reviewed by Perak BN on . Sokongan dan kerjasama warga FELCRA dalam usaha membantu Kerajaan menyelesaikan isu larangan minyak kepala sawit ke negara Kesatuan Eropah (EU) amat penting. Pe Sokongan dan kerjasama warga FELCRA dalam usaha membantu Kerajaan menyelesaikan isu larangan minyak kepala sawit ke negara Kesatuan Eropah (EU) amat penting. Pe Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/02/2018 — #IsuSawitEU Warga FELCRA Perlu Bersama Bantu Kerajaan:- Datuk Saarani Mohamad

05/02/2018 — #IsuSawitEU Warga FELCRA Perlu Bersama Bantu Kerajaan:- Datuk Saarani Mohamad

perakbn #IsuSawitEU Warga FELCRA Perlu Bersama Bantu KerajaanSokongan dan kerjasama warga FELCRA dalam usaha membantu Kerajaan menyelesaikan isu larangan minyak kepala sawit ke negara Kesatuan Eropah (EU) amat penting.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata tidak kemungkinan jika perkara itu benar-benar dilaksanakan oleh negara Barat itu, maka ia akan menjejaskan pendapatan pengusaha tanaman sawit di negara ini.

“Sekiranya kempen sekatan itu berjaya maka harga minyak sawit akan jatuh dan sekaligus menjejaskan pendapatan FELCRA.

“Sebab itu kita mahu semua pihak memberi sokongan padu kepada kerajaan dan jangan menampakkan ada apa-apa pergeseran,” ujar beliau selepas menghadiri Majlis Aspirasi Staf 2018 Felcra Berhad Wilayah Perak bersama Kepimpinan Tertinggi Kerajaan Perak di Ipoh, pada Isnin.

Beliau yang ditemui semasa sesi sidang media turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah membuka ruang tanda sokongan kepada keputusan EU itu menerusi pertemuannya dengan 16 delegasi negara berkenaan baru-baru ini.

“Walaupun kita faham perjumpaan itu bukan berkaitan isu minyak sawit namun saya percaya bahawa pihak delegasi EU akan mengambil kesempatan.

“Sebab itu saya rasa sangat-sangat kecewa apabila mereka adakan perjumpaan dengan EU disaat-saat krisis ini sedang hangat diperkatakan. Pihak EU akan menganggap pergeseran politik yang berlaku ini sebagai satu peluang keemasan,” kata Datuk Saarani.

Pada April lalu, Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Resolusi berkenaan yang dianggap tindakan diskriminasi EU yang mahu melaksanakan sekatan terhadap produk minyak sawit dari negara Asia itu bakal menjejaskan seramai 650,000 pekebun kecil sawit negara.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top