05/02/108 — Pembinaan Hospital Kerian Dimulakan Jun Depan:- DS Abdul Puhat Mat Nayan Reviewed by Perak BN on . Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan memaklumkan bahawa selewat-lewatnya pada Jun depan, pembinaan Hospital Daerah Kerian akan dilaksana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan memaklumkan bahawa selewat-lewatnya pada Jun depan, pembinaan Hospital Daerah Kerian akan dilaksana Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/02/108 — Pembinaan Hospital Kerian Dimulakan Jun Depan:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

05/02/108 — Pembinaan Hospital Kerian Dimulakan Jun Depan:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

perakbn Pembinaan Hospital Kerian Dimulakan Jun DepanSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan memaklumkan bahawa selewat-lewatnya pada Jun depan, pembinaan Hospital Daerah Kerian akan dilaksanakan.

Jelas beliau, pihakanya menjangkakan kehadiranMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada bulan hadapan bagi menyempurnakan upacara perlaksanaan kerja memasang cerucuk bangunan.

“Kerajaan negeri akan tetap menunaikan janji membina hospital (Daerah Kerian) dan kerja pembinaannya pun sebenarnya akan dimulakan bila-bila masa.

“Pembinaan hospital dijamin bakal dimulakan selewat-lewatnya Jun 2018,”katanya ketika memetik laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Susulan dengan pelaksanaan projek berkenaan, beliau menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha menyediakan infrastruktur yang baik buat penduduk daerah berkenaan.

Ini kerana ada pihak tertentu yang menjadikan projek tersebut sebagai bahan kontroversi politik.

Datuk Seri Abdul Puhat berkata demikian semasa berucap pada Taklimat Pembangunan Negeri Perak kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Daerah Kerian.

Difahamkan, dengan pembinaan hospital tersebu, ia akan memberi manfaat buat sekurang-kurangnya 120,000 penduduk sekitar daerah iaitu menjelangnya tahun 2021.

Bagi pembinaan fasa satu dan dua, ia selesai dilakukan yang mana melibatkan kerja-kerja tanah projek tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top