04/02/2018 — Pemuda MCA Sokong Siapa Jua Calon PRU14:- Ting Tai Fook Reviewed by Perak BN on . Menampilkan 30 peratus muka calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah golongan muda, tindakan yang dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak itu Menampilkan 30 peratus muka calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah golongan muda, tindakan yang dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak itu Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 04/02/2018 — Pemuda MCA Sokong Siapa Jua Calon PRU14:- Ting Tai Fook

04/02/2018 — Pemuda MCA Sokong Siapa Jua Calon PRU14:- Ting Tai Fook

perakbn Pemuda MCA Sokong Siapa Jua Calon PRU14Menampilkan 30 peratus muka calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah golongan muda, tindakan yang dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak itu sama sekali tidak mengganggu fokus jentera Pemuda MCA Perak.

Bagi Ketua Pemuda MCA Perak, Ting Tai Fook, peratusan itu kemungkinan akan jauh lebih rendah daripada calon Barisan Nasional (BN) yang bakal ditempatkan di 24 kawasan Parlimen, dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dengan masing-masing calon berusia 40 tahun ke bawah.

Ketika ditanya mengenai calon pemuda MCA, beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut hanya berkata pihaknya masih menunggu keputusan Presiden MCA dan juga Pengerusi BN.

“Kita mahu tunggu pengumuman Presiden dan Perdana Menteri, bagi Pemuda MCA Perak kita sudahpun berada di bawah untuk bekerja bantu rakyat.

“Dari segi sokongan, kita menerima keahlian yang ramai daripada golongan profesional yang mana kita dapat lihat sokongan masyarakat Cina akan lebih baik daripada Pilihan Raya yang lepas,” ulas Tai Fook.

Beliau sebelum itu mengingatkan Pakatan Harapan di negeri ini supaya menghentikan pendekatan memutar belit, menfitnah dan mereka-reka isu yang mewujudkan persekitaran politik yang negatif.

Sikap mereka ini dilihat seperti mempersendakan kebijaksanaan pengundi untuk menentukan siapa Kerajaan yang benar-benar layak membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

“Sata minta Pakatan Harapan di Perak agar jangan putar belit isu, jangan mereka-reka persekitaran yang negatif, jangan persendakan kebijaksanaan pengundi. Cukup tipu yang dibuat pada PRU12 dan PRU13 yang lalu,” kata Tai Fook semasa ditemui di Ipoh, pada Ahad.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top