04/02/2018 — 40 Individu Terkaya Malaysia, Bukti Negara Dilandasan Betul:- Ting Tai Fook Reviewed by Perak BN on . Penyenaraian 40 individu terkaya di Malaysia oleh media baru-baru ini membuktikan kepimpinan Kerajaan sedia ada mentadbir negara pada landasan yang betul dan te Penyenaraian 40 individu terkaya di Malaysia oleh media baru-baru ini membuktikan kepimpinan Kerajaan sedia ada mentadbir negara pada landasan yang betul dan te Rating: 0
You Are Here: Home » General » 04/02/2018 — 40 Individu Terkaya Malaysia, Bukti Negara Dilandasan Betul:- Ting Tai Fook

04/02/2018 — 40 Individu Terkaya Malaysia, Bukti Negara Dilandasan Betul:- Ting Tai Fook

perakbn 40 Individu Terkaya Malaysia Bukti Negara Dilandasan BetulPenyenaraian 40 individu terkaya di Malaysia oleh media baru-baru ini membuktikan kepimpinan Kerajaan sedia ada mentadbir negara pada landasan yang betul dan tepat.

Menegaskan perkara itu, Pemuda MCA Perak, Ting Tai Fook menyelar kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan alasan ketidakstabilan ekonomi negara untuk mengulingkan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Kekayaan ini bukan untuk diri mereka tetapi kekayaan ini adalah kejayaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional dan sikap keterbukaan Barisan Nasional. Jadi saya ingin menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir dua hari lepas (di Ipoh). Mereka meminta penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengulingkan kepimpinan Barisan Nasional yang ditadbir Datuk Seri Najib Tun Razak kerana katanya Malaysia bukan berada dalam landasan yg betul.

“Ini bermaksud Tun Mahathir menafikan kejayaan ekonomi, program Transformasi Negara 2050 (TN50), menafikan bajet 2018, RMK-11 dan pembangunan infrastruktur,” katanya semasa sesi sidang media di Ipoh, hari ini.

Jelas Tai Fook lagi, dengan aset yang diperolehan individu terkaya negara, ia sekaligus turut mewujudkan peluang pekerjaan.

Malah kedudukan Malaysia diperingkat dunia turut diikhtiraf oleh pelbagai institusi antarabangsa.

“Berdasarkan kepada laporan Bank Dunia, kadar kemiskinan Malaysia adalah yang terendah sekali iaitu hanya 0.3 peratus sahaja,” ujar Tai Fook lagi.

Terdahulu, di peringkat Pemuda MCA Perak, pihaknya mendokong penuh cita-cita negara dalam program TN50 dan akan terus menyampaikan maklumat penting berkenaan bajet 2018 kepada belia supaya semua pihak akan mendapat manfaat melalui polisi dan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top