03/02/2018 — Pembangunan Tanjung Malim, Bukan Impian Kosong:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak Reviewed by Perak BN on . Tanjung Malim berdepan dengan pembangunan dan kini kawasan tersebut sedang pun berada di ambang perubahan yang cukup besar iaitu dalam tempoh lima atau enam tah Tanjung Malim berdepan dengan pembangunan dan kini kawasan tersebut sedang pun berada di ambang perubahan yang cukup besar iaitu dalam tempoh lima atau enam tah Rating: 0
You Are Here: Home » General » 03/02/2018 — Pembangunan Tanjung Malim, Bukan Impian Kosong:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

03/02/2018 — Pembangunan Tanjung Malim, Bukan Impian Kosong:- DSD Mohd Najib Tun Abdul Razak

Pembangunan Tanjung Malim Bukan Impian KosongTanjung Malim berdepan dengan pembangunan dan kini kawasan tersebut sedang pun berada di ambang perubahan yang cukup besar iaitu dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

Dalam memastikan pencapaian dan objektif itu terlaksana, Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan perkara itu bukan sekadar impian kosong.

“Selain daripada plan tranformasi untuk Tanjung Malim menjadi bandar terkenal dan termaju, kerajaan bersama-sama DRB Hicom mempunyai perancangan untuk menjadikan jenama kereta nasional, Proton tersohor di peringkat antarabangsa.

“Saya dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan menjadikan semua ini bukan impian kosong tetapi realiti,” ujar beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran Kluster Automotif Nasional, di Tanjung Malim, pagi tadi.

Kluster Automatif akan membangunakan Proton City dengan pelbagai kemudahan termasuk pembangunan Bandar Belia 1Malaysia, rancangan Edu City, hab automotif berteknologi tinggi merangkumi teknologi kereta elektrik teknologi hijau, teknologi bateri kereta terkini, teknologi industri 4.0 dan artificial intelligence.

Mengenai usaha memantapkan jenama Proton, Datuk Seri Diraja Mohd Najib menyelar dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) akan lepas tangan.

“Selama ini terlalu banyak campur tangan politik namun kita tak akan biarkan Proton tenggelam, kita tak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlu sokongan dokongan bantuan untuk dipulihkan.

“Kita akan pulihkan Proton dan jika ada dakwaan kita tak tolong Proton ia adalah pendustaan, kita beri pinjaman, suntikan modal dan insentif kalau proton mahu maju tak ada pilihan melainkan rakan startegik,” ujar beliau.

Menjelaskan kerjasama strategik Proton dan Geely, beliau yakin akan keputusan itu adaalah tepat berdasarkan pengeluarannya (Geely) yang mencecah sekitar 1.5 juta setahun serta teknologi tinggi.

Selain Datuk Seri Diraja Dr Zambry, majlis dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Menariknya kehadiran Perdana Menteri ke Proton City pagi tadi, beliau merasai perjalanan sejam setengah dengan menjadi penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Stesen KL Sentral-Tanjung Malim.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top