02/02/2018 — Barang Import EU Bukan Makanan Asas Negara:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Keputusan untuk tidak membeli barangan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) tidaka akan menjejaskan keperluan makanaan di negara ini. Jelas Timbalan Menteri Per Keputusan untuk tidak membeli barangan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) tidaka akan menjejaskan keperluan makanaan di negara ini. Jelas Timbalan Menteri Per Rating: 0
You Are Here: Home » General » 02/02/2018 — Barang Import EU Bukan Makanan Asas Negara:- DS Tajuddin Abdul Rahman

02/02/2018 — Barang Import EU Bukan Makanan Asas Negara:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Barang Import EU Bukan Makanan Asas NegaraKeputusan untuk tidak membeli barangan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) tidaka akan menjejaskan keperluan makanaan di negara ini.

Jelas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, hal itu berikutan produk makanan yang diimport lebih kepada hasil tenusu yang bukan menjadi makanan asas rakyat Malaysia.

“Kita import makanan yang bukan keperluan seperti keju dan produk tenusu lain. Kita tahu bukan semua rakyat menggunakan produk-produk ini. Jadi kita tidak perlu risau kalau kerajaan buat keputusan boikot produk mereka (EU),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas tindakan EU yang mengecualikan minyak sawit daripada campuran biofuel dan tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2021.

Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Tajuddin berkata pihaknya meminta semua kementerian mengeluarkan senarai penuh produk dimport dari EU bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Parlimen Pasir Salak ke-4 di Chenderong Balai, semalam.

Pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kerajaan mengkaji semula keputusan membeli barangan dari EU jika kesatuan itu benar-benar melaksanakan keputusan pengharaman kelapa sawit.

Tindakan tersebut diakui akan memberi kesan buruk kepada negara, khususnya 650,000 pekebun kecil sawit tempatan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top