22/01/2018 — Keselamatan, Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan:- Superintendan Ahmad Tarmizi Shaari Reviewed by Perak BN on . Berkuat kuasa hari ini, bekas Pegawai Pematuhan Zon A Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Ahmad Tarmizi Shaari melaksanaka Berkuat kuasa hari ini, bekas Pegawai Pematuhan Zon A Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Ahmad Tarmizi Shaari melaksanaka Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 22/01/2018 — Keselamatan, Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan:- Superintendan Ahmad Tarmizi Shaari

22/01/2018 — Keselamatan, Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan:- Superintendan Ahmad Tarmizi Shaari

perakbn Keselamatan Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan SuperintendanBerkuat kuasa hari ini, bekas Pegawai Pematuhan Zon A Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Superintendan Ahmad Tarmizi Shaari melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baharu.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas di Batu Gajah telah meletakkan harapan untuk menjadikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat di daerah tersebut sebagai perkara utama.

“Harapan saya untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat daerah berteraskan empat teras ditekankan Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun termasuk isu rasuah, judi dan jenayah bersindiket serta ‘intelligence-led-policing’,” kata ketika ditemui pemberita.

Pada majlis serah tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Omar Mammah.

Superintendan Ahmad Tarmizi yang berusia 59 tahun berpengalaman selama tujuh bulan di JIPS Bukit Aman dan selepas kenaikkan pangkat, beliau mengambil alih tugas yang dipangku Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Superintendan Tam Boon Hooi.

Sepanjang 36 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam beberapa jabatan termasuk dalam Pasukan Polis Hutan (PPH), Cawangan Khas dan narkotik.

Pada majlis yang sama turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Batu Gajah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top