22/01/2018 — Kemudahan Pengusaha Food Truck, Lapan My Hot Spot Diwujudkan:- DS Hamzah Zainuddin Reviewed by Perak BN on . Bagi memudah dan memberi prasarana yang lebih baik kepada pengusaha ‘food truck’, lapan tapak My Hot Spot baharu di seluruh negara diwujudkan oleh Kementerian P Bagi memudah dan memberi prasarana yang lebih baik kepada pengusaha ‘food truck’, lapan tapak My Hot Spot baharu di seluruh negara diwujudkan oleh Kementerian P Rating: 0
You Are Here: Home » General » 22/01/2018 — Kemudahan Pengusaha Food Truck, Lapan My Hot Spot Diwujudkan:- DS Hamzah Zainuddin

22/01/2018 — Kemudahan Pengusaha Food Truck, Lapan My Hot Spot Diwujudkan:- DS Hamzah Zainuddin

perakbn Kemudahan Pengusaha Food Truck Lapan My Hot Spot DiwujudkanBagi memudah dan memberi prasarana yang lebih baik kepada pengusaha ‘food truck’, lapan tapak My Hot Spot baharu di seluruh negara diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK).

Menurut menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bilangan itu adalah yang disasarkan bagi tahun ini yang mana My Hot Spot menjadi sebahagian skop pelaksanaan Food Truck 1Malaysia (FT1M).

“Ia merupakan aktiviti di bawah Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) yang menerima peruntukan dalam Bajet 2018.

“Tapak berkenaan yang dilaksana menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), bakal diwujudkan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan umum termasuk kawasan pelancongan,” katanya selepas melancarkan My Hot Spot yang pertama di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, pada Sabtu.

Jelasnya bagi pengurusan tapak tersebut, ia diserahkan kepada pihak koperasi PSAS atau KOPSAS dengan melibatkan 12 unit kedai.

“Antara lokasi lain yang kita kenal pasti ialah sekitar kawasan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Wangsa Maju, Cheras dan kawasan pelancongan seperti Pantai Klebang, Melaka,” kata Datuk Seri Hamzah lagi.

Komitmen kerajaan mewujudkan My Hot Spot adalah untuk memperkasakan industri ‘food truck’ yang mana sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top