22/01/2018 — Bantuan Pekebun Kecil, Pengusaha Getah Wajar:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Reviewed by Perak BN on . Bagi memastikan penggiat industri getah Bumiputera terus berdaya saing, pengusahanya dan pekebun kecil wajar menyertai Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera (PUG Bagi memastikan penggiat industri getah Bumiputera terus berdaya saing, pengusahanya dan pekebun kecil wajar menyertai Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera (PUG Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 22/01/2018 — Bantuan Pekebun Kecil, Pengusaha Getah Wajar:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

22/01/2018 — Bantuan Pekebun Kecil, Pengusaha Getah Wajar:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

perakbn Bantuan Pekebun Kecil Pengusaha Getah WajarBagi memastikan penggiat industri getah Bumiputera terus berdaya saing, pengusahanya dan pekebun kecil wajar menyertai Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera (PUGB).

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah selepas melancarkan PUGB peringkat negeri Perak di Kuala Kangsar, semalam.

“Adalah wajar bagi memastikan penggiat industri getah Bumiputera dapat berdiri sama tinggi dengan kaum lain, selain memudahkan penyaluran maklumat serta bantuan kerajaan.

“Setakat ini, PUGB hanya mempunyai lebih 1,000 ahli membabitkan empat negeri iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Perak,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasi, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Suarni Sumormo meminta golongan tersebut supaya membuta permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) meskipun mereka telah layak serta sudah didaftarkan dalam pangkalan data BMT.

“Kerajaan banyak membantu pekebun kecil serta penoreh getah, khususnya Bumiputera seperti jaminan harga getah beku dari ladang yang tidak akan kurang daripada RM2.20 sekilogram menerusi Insentif Pengeluaran Getah, pulangan semula kutipan ces, serta bantuan modal sebanyak RM140,000 kepada koperasi getah Bumiputera,” katanya.

Pada masa ini, lebih 152,000 pekebun kecil dan penoreh getah masih belum memohon BMT yang berakhir pada 31 Januari ini.

Menerusi insentif tersebut, ia melayakan pengusaha dan pekebun berkenaan menerima RM200 sebulan yang dibayar selama tiga bulan bermula November tahun lalu sehingga bulan ini, membabitkan peruntukan RM261 juta.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top