18/01/2018 — Warga Emas Perlu Bantuan Bina Semula Rumah:- Datuk Mohd Yusoff Kassim Reviewed by Perak BN on . Dalam siri lawatan turun padang di parlimen Batu Gajah, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim mengenal pasti seorang warga emas berusia 68 ta Dalam siri lawatan turun padang di parlimen Batu Gajah, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim mengenal pasti seorang warga emas berusia 68 ta Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 18/01/2018 — Warga Emas Perlu Bantuan Bina Semula Rumah:- Datuk Mohd Yusoff Kassim

18/01/2018 — Warga Emas Perlu Bantuan Bina Semula Rumah:- Datuk Mohd Yusoff Kassim

perakbn Warga Emas Perlu Bantuan Bina Semula Rumah Datuk Mohd Yusoff KassimDalam siri lawatan turun padang di parlimen Batu Gajah, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim mengenal pasti seorang warga emas berusia 68 tahun yang tinggal di kediaman yang sangat uzur.

Sehubungan dengan itu, beliau akan bekerjasama dengan pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bagi mendapatkan bantuan bina semula rumah tersebut yang merupakan rumah peninggalan pusaka.

“Kita mohon pihak YBU dapat segerakan pembinaan rumah baharu dua bilik dan saya yakin YBU akan memberi kelulusan dengan segera. Ini kerana keadaan yang dihadapi oleh Encik Leela (R Leela) ini sangat daif,” katanya semasa ditemui pemberita di Batu Gajah, semalam.

Jelas Datuk Mohd Yusoff lagi, memandangkan Leela masih mempunyai tiga lagi adik beradik yang lain yang berhak atas tanah pusaka tersebut, pihaknya akan terlebih dahulu membuat surat persetujuan bagi membolehkan kerja-kerja membina rumah baharu dibuat.

“Melalui YBU, Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan kira-kira RM35,000 bagi mendirikan rumah bahru untuk Leela,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Batu Gajah itu.

Leela yang tinggal sendirian di Jalan Daisy, Desa Changkat dilaporkan tinggal di rumah yang usang dengan keadaan struktur binaan yang tidak lagi selamat didiami, namun beliau dikatakan tidak mempunyai pilihan untuk berpindah ke rumah lain.

Beliau yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melahirkan rasa lega dengan keprihatinan yang ditunjukan oleh UMNO Bahagian Batu Gajah.

“Saya aat terharu apabila pemimpin ini sendiri turun padang meninjau keadaan saya yang serba kekurangan dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua,” kata Leela.

Sementara itu, dalam siri turun padang berkenaan, Datuk Mohd Yusoff turut mengenal pasti sekurang-kurang sebuah lagi keluarga yang memerlukan bantuan bina semula rumah.

Justeru, tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak beliau bagi membantu keluarga berkenaan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top