18/01/2018 — Tidak Mahu Wakil Rakyat Luar, Selesa Kepimpinan Sedia Ada:- M Sivabalan Reviewed by Perak BN on . Kepimpinan Ahli Parlimen Teluk Intan (BN), Datuk Seri Mah Siew Keong di kawasan itu diakui oleh majoriti penduduk yang selesa dengan pentadbiran dan pendekatan Kepimpinan Ahli Parlimen Teluk Intan (BN), Datuk Seri Mah Siew Keong di kawasan itu diakui oleh majoriti penduduk yang selesa dengan pentadbiran dan pendekatan Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/01/2018 — Tidak Mahu Wakil Rakyat Luar, Selesa Kepimpinan Sedia Ada:- M Sivabalan

18/01/2018 — Tidak Mahu Wakil Rakyat Luar, Selesa Kepimpinan Sedia Ada:- M Sivabalan

IMG-20180118-WA0012Kepimpinan Ahli Parlimen Teluk Intan (BN), Datuk Seri Mah Siew Keong di kawasan itu diakui oleh majoriti penduduk yang selesa dengan pentadbiran dan pendekatan yang digunakann.

Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), M. Sivabalan berkata cara yang digunakan pemimpin tempatan itu ternyata berbeza dengan kepimpinan sebelumnya terutama semasa dipimpin wakil rakyat . Kulasegaran.

“Dia menang semasa PRK (Pilihan Raya Kecil) 1997 tetapi selepas itu dia menghilangkan diri tanpa berbuat apa untuk membantu kaum India di Teluk Intan ketika itu.

“Tetapi apabila Datuk Seri Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU (Pilihan Raya Umum) 2000 dan 2004 dia membantu masyarakat India di parlimennya,” katanya yang dipetik daripada sebuah laporan media tempatan, hari ini.

Sivabalan yang turut mewakili suara masyarakat India di Teluk Intan turut menyatakan hasrat agar calon yang akan bertanding pada PRU ke-14 nanti merupakan calon tempatan.

“Ini kerana sudah ada sejarah orang luar datang bertanding lalu menang tetapi akhirnya mereka menghilangkan diri, duduk di Kuala Lumpur, jarang berada di parlimen hingga rakyat tidak dibantu,” ujar beliau.

Sementara itu, Sivabalan turut menyelar dakwaan Kulasegaran yang merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat berhubung kritikan terhadap janji BN yang tidak ditepati semasa PRK 2014.

“Kami mempunyai rekod berapa banyak masyarakat India yang dibantu oleh Datuk Mah sepanjang menjadi ahli parlimen.

“Setiap hari Selasa dan Khamis berapa ramai masyarakat India datang ke pusat khidmat Datuk Mah memohon bantuan dan diberikan bantuan,” jelas beliau yang turut berbangga dengan pembangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top