13/01/2018 — Sokongan Veteran Mantap, Buktikan Perpaduan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir. Reviewed by Perak BN on . Meskipun pelbagai cabaran dihadapi oleh parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa ini, sokongan yang diberikan oleh pihak veteran ahli menunjukkan kemantap Meskipun pelbagai cabaran dihadapi oleh parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa ini, sokongan yang diberikan oleh pihak veteran ahli menunjukkan kemantap Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/01/2018 — Sokongan Veteran Mantap, Buktikan Perpaduan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir.

13/01/2018 — Sokongan Veteran Mantap, Buktikan Perpaduan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir.

perakbn Sokongan Veteran Mantap Buktikan PerpaduanMeskipun pelbagai cabaran dihadapi oleh parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa ini, sokongan yang diberikan oleh pihak veteran ahli menunjukkan kemantapan perpaduan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata perpaduan itu bukan sahaja antara pemimpin tetapi mencerminkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga.

“Saya mengucapkan tahniah kepada veteran UMNO Perak dan juga veteran Malaysia yang menampakkan mereka ini walaupun sudah menjadi veteran tetapi perjuangan dan sokongan mereka yang terus mantap kepada perjuangan UMNO, dan terima kasih.

“Apa yang dapat kita lihat hari ini mereka yang berdiri teguh, walaupun pelbagai cabaran yang ada dan sebagainya tetapi apa yang ditunjukkan daripada mereka hari ini adalah semangat bahawa perpaduan di kalangan pemimpin dan rakyat,” ujar beliau semasa ditemui pemberita pada sidang media di Ipoh, pagi tadi.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Dr Zambry menghadiri program Jelajah Veteran Sehati Sejiwa Negeri Perak (Veteran UMNO Negeri Perak).

Katanya lagi, sokongan dan kesetiaan para veteran terhadap parti amat penting memandangkan pengalaman dan pengaruh mereka yang menjadi faktor tarikan golongan muda untuk turut menyokong parti ini.

“Mereka juga dalam lapangan politik dan dan sebagainya, peranan mereka sangat besar kerana mereka memberi impak yang besar kepada keluarga mereka, mahupun rakyat, sebahagian daripada mereka juga adalah bekas pemimpin pada suatu ketika dahulu.

“Saya ucapkan terima kasih atas sokongan yang mantap kepada saya dan Barisan Nasional Perak,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top