14/01/2018 — Isu Lalat Kawasan Trong, Tidak Dibiarkan:- Datuk Dr Zabri Abd Wahid Reviewed by Perak BN on . Usaha mencari penyelesaian bagi masalah lalat di kawasan Trong sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. ADUNnya, Datuk Dr Zabri Abd Wahid yang tidak menafikan Usaha mencari penyelesaian bagi masalah lalat di kawasan Trong sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. ADUNnya, Datuk Dr Zabri Abd Wahid yang tidak menafikan Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 14/01/2018 — Isu Lalat Kawasan Trong, Tidak Dibiarkan:- Datuk Dr Zabri Abd Wahid

14/01/2018 — Isu Lalat Kawasan Trong, Tidak Dibiarkan:- Datuk Dr Zabri Abd Wahid

perakbn Isu Lalat Kawasan Trong Tidak DibiarkanUsaha mencari penyelesaian bagi masalah lalat di kawasan Trong sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

ADUNnya, Datuk Dr Zabri Abd Wahid yang tidak menafikan ladang ternakan ayam dan itik antara punca masalah lalat di kawasan tersebut berkata, pihak berwajib sentiasa memainkan peranan masing-masing.

“Kita juga sentiasa mendengar rintihan dan aduan rakyat kerana masalah ini, oleh itu satu operasi pemeriksaan secara mengejut dilaksanakan di lima ladang ternakan ayam termasuk itik di kawasan ini,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan mengejut dibeberapa ladang di Trong, baru-baru ini.

Lawatan mengejut itu dilakukan dengan tujuan memantau aktiviti ternakan supaya sentiasa mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Ia bagi membendung populasi lalat yang terlampau banyak mengganggu kehidupan masyarakat kampung berhampiran,” maklum Datuk Dr Zabri.

Antara pihak yang terlibat pada siri lawatan itu ialah JPV, Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama (LMS), Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Terdahulu, Pengarah JPV Perak, Dr Fuziah Muhayat berkata bermula tahun 2019, semua penternak ladang ayam di negeri ini diwajibkan mengguna sistem reban tertutup bagi menangani masalah pencemaran terutama lalat dan bau yang dihadapi penduduk.

Mereka yang gagal menggunakan sistem itu boleh dikompaun RM2,000 mengikut Enakman Perladangan Unggas 2005, jika sabit kesalahan..

“Pemilik ladang dan penternak perlu lebih bertanggungjawab terhadap ladang masing-masing serta mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top