14/01/2018 — Gerakan Sasar 45 Kawasan PRU14:- DS Mah Siew Keong Reviewed by Perak BN on . Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengesahkan seramai 45 calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diserahkan bagi dipertimbangkan oleh pemimpin tertinggi Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengesahkan seramai 45 calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diserahkan bagi dipertimbangkan oleh pemimpin tertinggi Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/01/2018 — Gerakan Sasar 45 Kawasan PRU14:- DS Mah Siew Keong

14/01/2018 — Gerakan Sasar 45 Kawasan PRU14:- DS Mah Siew Keong

perakbn Gerakan Sasar 45 Kawasan PRU14Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengesahkan seramai 45 calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diserahkan bagi dipertimbangkan oleh pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional (BN).

Senarai tersebut sekaligus melihatkan komponen parti BN itu menyasarkan kepada 45 kawasan bagi diwakilinya.

Datuk Seri Siew Keong memberitahu serahan senarai itu dibuat ketika mesyuarat khas parti dengan Perdaba Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak di ibu negara hari ini.

“Kra-kira 60 peratus daripada senarai calon itu adalah muka baharu yang terdiri daripada bangsa Cina, Melayu dan India.

“Perdana Menteri dalam pertemuan tadi menasihatkan supaya jentera parti berada dalam mood bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan mencatat kemenangan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas selesai mesyuarat khas itu.

Dalam PRU lalu, Gerakan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kata Datuk Seri Siew Keong, pihaknya juga dalam peringkat akhir perbincangan mengenai pertukaran empat hingga lima kerusi dengan beberapa parti komponen BN yang lain termasuk MCA.

“Untuk Pulau Pinang, kami yakin pencapaian Gerakan akan lebih baik kerana ada banyak isu di negeri itu seperti projek terowong dasar laut, ” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top