14/01/2018 — Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas Tawar Pendidikan Bertaraf Antarabangsa:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pelajar miskin tegar dan anak yatim diberikan peluang memperoleh pendidikan bertaraf antarabangsa menerusi penubuhan Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas di Padang Tem Pelajar miskin tegar dan anak yatim diberikan peluang memperoleh pendidikan bertaraf antarabangsa menerusi penubuhan Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas di Padang Tem Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/01/2018 — Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas Tawar Pendidikan Bertaraf Antarabangsa:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

14/01/2018 — Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas Tawar Pendidikan Bertaraf Antarabangsa:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas Tawar Pendidikan Bertaraf AntarabangsaPelajar miskin tegar dan anak yatim diberikan peluang memperoleh pendidikan bertaraf antarabangsa menerusi penubuhan Sekolah Tahfiz Bayt Al Ikhlas di Padang Tembak, Lumut.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Darul Ikhlas itu adalah pendekatan kreatif dan mengambil kira semua aspek untuk pembangunan insan.

“Saya difahamkan kurikulumnya bertaraf antarabangsa. Jadi saya harapkan hasil daripada ini kita akan akhirlah melahirkan generasi-generasi terbaik, mereka ini juga menjadi tahfiz dan dalam masa yang sama mereka juga belajar dalam bidang akademik dan mata pelajaran dapat pengiktirafan (ICSC) iaitu bidang pengikrafan Cambridge dan adanya cara ini kita dpt melahirkan generasi yang seimbang,” ujar beliau semasa mengadakan lawatan ke sekolah tersebut, hari ini.

Sekolah berkenaan yang melibatkan pelajar mulai tingkatan satu hingga lima, mengehadkan bilangan pelajaranya di setiap kelas sehingga 30 orang sahaja.

Malah dari pemilihan terdapat jawatankuasa khas yang dibentuk bagi tujuan berkenaan.

“Tentunya kita tidak dapat memilihkan yang terbaik dalam kelas kerana matlamat kita adalah mendapatka anak-anak daripada golongan yatim piatu ataupun miskin tegar yang dipilih.

“Saya serahkan kepada jawatankuasa memilih pada pandangan mereka bagi pelajar-pelajar layak dan beri pertimbangan sewajarnya, namun asas-asas minimum kena ada,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Pendidikan yang ditawarkan di sekolah berkenaan turut menekana aspek penguasaan bahawa utama iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan juga Mandarin.

Usaha dan inisiatif pertama di Perak yang seumpama itu akan dapat dilihat perkembangan dari tempoh lima tahun dari sekarang.

“Beri kita lima tahun dari sekarang supaya kita dapat lihat sesuatu dari segi kemampuan berkomunikasi pelbagai bahasa iaitu berbahasa Melayu dengan baik, bahasa Inggeris, Arab, dan berbahasa Mandarin yang baik.

“Saya mengharapkan dengan pembinaan bayt ikhlas ini, orang ramai dapat membantu kerana mendidik anak-anak yatim kita, bukan saja sebagai tempat rumah anak yatim tetapi tempat sebagai juga sekolah anak yatim dengan diberikan taraf pendidikan dengan baik yang ‘first class education’, ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top