13/01/2018 — Tunjuk ‘Report Card’ Cemerlang, Bukan Kritik Kelemahan Lawan:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru semua ahli-ahli Barisan Nasional (BN) bersaing dengan mewar-warkan ‘report card’ cemerlang p Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru semua ahli-ahli Barisan Nasional (BN) bersaing dengan mewar-warkan ‘report card’ cemerlang p Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/01/2018 — Tunjuk ‘Report Card’ Cemerlang, Bukan Kritik Kelemahan Lawan:- DS Tajuddin Abdul Rahman

13/01/2018 — Tunjuk ‘Report Card’ Cemerlang, Bukan Kritik Kelemahan Lawan:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Tunjuk Report Card Cemerlang Bukan Kritik Kelemahan LawanAhli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru semua ahli-ahli Barisan Nasional (BN) bersaing dengan mewar-warkan ‘report card’ cemerlang parti dalam mensejahterakan rakyat.

Tindakan bersaing atas dasar mengkritik dan bergantung kepada kelemahan pihak lawan bukanlah amalan yang sepatutnya.

“Saya nak menyeru kepada rakan-rakan dalam kalangan parti perjuangan supaya kita bersaing ini atas dasar kekuatan kita; berdasarkan apa yang kita dah jayakan selama ini dari segi membela rakyat, menjaga kesejahteraan agama islam dan sebagainya.

“Kita keluarkan report card ini dan saya percaya orang (rakyat) akan rasional berdasarkan report card ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan ke-45 tahun Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak di Seberang Perak, di Seberang Perak, pada Sabtu.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Dengan merujuk kepada pembangunan yang dibawakan oleh BN di sekitar Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO yakin ia membuka mata rakyat untuk terus memberi sokongan kepada parti keramat itu.

“Kalau tidak UMNO (BN) mungkin mereka masih duduk dalam hutan sekarang ini, bukan sahaja kawasan yang membangunan tetapi manusia juga membangun, generasi anak cucu juga membangun.

“Dulu kita miskin, dulu orang Melayu miskin antara 70 atau 60 peratus, hari ini miskin tegar ada berapa? Boleh dikatakan kosong, sifar miskin tegar, itu satu kejayaan!

“Bukankah ini adalah satu kejayaan kerajaan membawa kejayaan ekonomi,” ujar beliau yang mahu ahli UMNO dan BN tidak terikut dengan cara pembangkang meraih sokongan rakyat.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top