13/01/2018 — Eloklah Mahathir Jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Pemilihan Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju menjadiaknan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri mereka sepatutnya tidak perlu dibimbangkan, kata Angg Pemilihan Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju menjadiaknan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri mereka sepatutnya tidak perlu dibimbangkan, kata Angg Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/01/2018 — Eloklah Mahathir Jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan:- DS Tajuddin Abdul Rahman

13/01/2018 — Eloklah Mahathir Jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Eloklah Mahathir Jadi Perdana Menteri Pakatan HarapanPemilihan Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju menjadiaknan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri mereka sepatutnya tidak perlu dibimbangkan, kata Anggota Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Jelas beliau, lazimnya rakyat akan lebih menilai tahap kemampuan dan kecergasan seorang bakal pemimpin yang bakal dipilih mereka untuk menerajui mentadbir negara.

“Rataa-rata orang berpendapat Tun Dr Mahathir sudah lanjut umur, tak mampu dia (jadi calon perdana menteri), walaupun kita tahu dia tokoh yang hebat tetapi itu dulu. Sekarang ini atas faktor umur, faktor tenaga, sepatutnya calonnya lebih bertenaga bagi Pakatan.

“Jadi bagi saya eloklah dia bagi calon lemah sebegitu, senanglah kita buat kerja,” ulas Datuk Seri Tajuddin.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan ke-45 tahun Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak di Seberang Perak, hari ini merujuk kepada reaksi netizen yang mengutuk dan menghendik pemilihan Tun Dr Mahathir.

Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pasir Salak itu mahu semua pihak Barisan Nasional (BN) dan UMNO sendiri tidak mengamalkan serangan mengkritik serta mengaibkan seseorang .

“Budaya orang Melayu tak suka kalau kita mengutuk orang, menghina orang,walaupun kepada musuh atau lawan, tunjukkan bahawa orang UMNO, pemimpinnya terdiri daripada pemimpin yang berhemah, yang rasional bercakap atas hujah fakta atas dasar apa kerja yang kita dah buat.

“Bukan kita kutuk itu, kutuk ini, itu bukan datangkan keuntungan politik, ia tidak akan akan menambat hati orang ramai,” tegas beliau.

Datuk Seri Tajuddin menambah perkara dan tindakan itu ditujukan terutamanya kepada barisan belia dan generasi muda hari ini supaya menitikberatkan soal kesusilaan dan berhujah secara lebih rasional.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top