12/01/2018 — Urusan Pilihan Raya, BN Telus, Bersih:- Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Reviewed by Perak BN on . Kemenangan yang diperoleh parti Barisan Nasional (BN) dalam apa juga pilihan raya di negara ini dikecapi tanpa sebarang tindakan berunsur penipuan. Ahli Parlime Kemenangan yang diperoleh parti Barisan Nasional (BN) dalam apa juga pilihan raya di negara ini dikecapi tanpa sebarang tindakan berunsur penipuan. Ahli Parlime Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/01/2018 — Urusan Pilihan Raya, BN Telus, Bersih:- Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

12/01/2018 — Urusan Pilihan Raya, BN Telus, Bersih:- Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

perakbn Urusan Pilihan Raya BN Telus BersihKemenangan yang diperoleh parti Barisan Nasional (BN) dalam apa juga pilihan raya di negara ini dikecapi tanpa sebarang tindakan berunsur penipuan.

Ahli Parlimen Bagan Serai,Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menegaskan bahawa sebagai sebuah parti yang mentadbir negara lebih 60 tahun, BN sentiasa mengamalkan ketelusan dalam urusan menentukan masa depan negara.

Terdahulu beliau mengulas tuduhan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) yang berkata tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan lebih ramai penjawat awam sebagai pengundi pos bertujuan memastikan kemenangan kepada BN.

“Janganlah bimbang tak tentu pasal,takut ia boleh jadi tak tentu arah fikiran sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, elok jumpa ‘doktor’ untuk belajar bertenang,” katanya.

Tuduhan yang disifatkan sebagai menggadai maruah itu sewajarnya dihujahkan bersama dengan bukti.

Tuduhan pembangkang itu tidak lebih sekadar mahu menfitnah dan menagih perhatian pengundi.

BERSIH 2.0 mempertikaikan jumlah penjawat awam yang berdaftar sebagai pengundi pos pada Oktober hingga Disember lalu yang terdiri daripada penjawat Jabatan Penjara; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Penguatkuasaan Maritim; pekerja kesihatan kerajaan; sukarelawan polis; Jabatan Pertahanan Awam Malaysia; Jabatan Imigresen; Agensi Pengurusan Bencana Negara; dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Mereka (ini) tidak di paksa (daftar pengundi pos), malah hanya di peringkat cadangan dan ia belum dilaksanakan lagi. Petugas-petugas awam yang mempunyai tanggungjawab penting dan berat yang mana pergerakan mereka terbatas terutama semasa waktu-waktu kritikal atau kecemasan, darurat pada PRU kelak perlu dimasukkan ke dalam kategori pengundi pos dan awal,” kata Datuk Dr Noor Azmi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top