12/01/2018 — Sabotaj Parti, Ahli Berdepan Hukuman Gantung Keahlian:- TS Chor Chee Heung Reviewed by Perak BN on . Ahli dan pemimpin MCA yang didapati melakukan unsur sabotaj akan berdepan dengan tindakan digantung atau dipecat keahliannya, demikian ditegaskan Pengerusi Lemb Ahli dan pemimpin MCA yang didapati melakukan unsur sabotaj akan berdepan dengan tindakan digantung atau dipecat keahliannya, demikian ditegaskan Pengerusi Lemb Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/01/2018 — Sabotaj Parti, Ahli Berdepan Hukuman Gantung Keahlian:- TS Chor Chee Heung

12/01/2018 — Sabotaj Parti, Ahli Berdepan Hukuman Gantung Keahlian:- TS Chor Chee Heung

perakbn Sabotaj Parti Ahli Berdepan Hukuman Gantung KeahlianAhli dan pemimpin MCA yang didapati melakukan unsur sabotaj akan berdepan dengan tindakan digantung atau dipecat keahliannya, demikian ditegaskan Pengerusi Lembaga Disiplin MCA, Tan Sri Chor Chee Heung.

Jelasnyalgi, peringatan itu selari dengan ketetapan yang dibuat menerusi Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang mahukan supaya semua parti komponen meningkatkan tahap disiplin ahli dan pemimpinnya.

“Tidak kira sabotaj imej MCA atau calon MCA atau parti lain dalam BN. Jika ada bukti, jawatankuasa tatatertib akan mengambil tindakan cukup tegas. Kita tidak akan tunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika dapat kes yang sudah terbukti, kita dengan serta merta akan ambil tindakan ikut perlembagaan parti. Apa saja tindakan yang boleh menjejaskan nama MCA dan BN,” kata Tan Sri Chee Heung.

Mengenai perihal calon, beliau mahu semua pihak yang tidak dicalonkan supaya menerima keputusan yang ditetapkan dan tidak sesekali menimbulkam masalah kepada parti.

“Kalau ahli MCA yang mahu jadi calon, jika dia tidak dipilih, dia kena akur bagi memastikan calon parti atau yang mewakili BN menang,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun, setakat ini, Tan Sri Chee Heong berkata belum ada kes sabotaj dilaporkan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top