12/01/2018 — Jenayah Indeks Perak Terkawal:- Datuk Hasnan Hassan Reviewed by Perak BN on . Polis Perak merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada 5 846 kes pada tahun 2017 berbanding 5 326 kes tahun sebelumnya. Ketua Polis Perak, Datuk Hasn Polis Perak merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada 5 846 kes pada tahun 2017 berbanding 5 326 kes tahun sebelumnya. Ketua Polis Perak, Datuk Hasn Rating: 0
You Are Here: Home » General » 12/01/2018 — Jenayah Indeks Perak Terkawal:- Datuk Hasnan Hassan

12/01/2018 — Jenayah Indeks Perak Terkawal:- Datuk Hasnan Hassan

perakbn Jenayah Indeks Perak TerkawalPolis Perak merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada 5 846 kes pada tahun 2017 berbanding 5 326 kes tahun sebelumnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dengan kadar tersebut ia menunjukkan keadaan jenayah di negeri ini masih terkawal.

“Trend jenayah indeks kekerasan bagi kes samun tanpa senjata api menunjukkan peningkatan sebanyak enam kes iaitu 201 kes pada tahun 2017 berbanding 195 kes pada tahun 2016.

“Untuk jenayah harta benda, lain-lain curi menunjukkan peningkatan sebanyak 47 kes iaitu daripada 1 003 kes (2017) daripada 956 kes pada tahun 2016,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Maklumnya lagi, bagi jenayah curi motosikal ia menjadi penyumbang utama kepada jenayah indeks dengan jumlah kes mencatatkan 5 326 kes apda tahun lepas.

Mengikut dari segi daerah, Ipoh merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 2 082 kes diikuti Taiping (731 kes), Manjung (622) dan Hilir Perak (560).

Dalam pada itu, Datuk Hasnan berkata bagi aktiviti penyalahgunaan dadah di negeri ini ia masih membimbangkan.

Pada tahun lepas jumlah tangkapan yang dibuat ialah 10 261 orang yang mana masing-masing melibatkan tangkapan kerana bekalan dadah, memiliki dan tangkapan mengikut

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas).

“Nilai rampasan dadah pada tahun 2017 ialahn RM12.4 juta berbanding RM4.9 juta pada tahun 2016,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top