11/01/2018 — SUKMA 2018, Perak Berbincang Semula Isu Sukan Digugurkan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Selaku tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung keputu Selaku tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung keputu Rating: 0
You Are Here: Home » General » 11/01/2018 — SUKMA 2018, Perak Berbincang Semula Isu Sukan Digugurkan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/01/2018 — SUKMA 2018, Perak Berbincang Semula Isu Sukan Digugurkan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn SUKMA 2018 Perak Berbincang Semula Isu Sukan DigugurkanSelaku tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung keputusan beberapa acara sukan yang digugurkan sebagai sukan teras termasuklah sepak takraw.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan tersebut akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

“Saya faham dari segi pandangan dan keprihatianan dan kekecewaan yang ditunjukkan persatuan-persatuan. Oleh kerana Kerajaan Persekutuan (Kementerian Belia dan Sukan) sudah buat keputusan, kita (Kerajaan Negeri) menghormati keputusan itu dan bersimpati dengan persatuan-persatuan seperti sepak takraw yang menjadi sukan tradisi,” katanya semasa ditemui pemberita di Ipoh, semalam.

Menerusi perbincangan semula itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berharap agar pihak kementerian dan MSN akan menimbang semula keputusan terhadap acara sukan sepak takraw berkenaan.

Pada Disember lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan acara angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 sukan teras negara di bawah program MSN bermula SUKMA pada tahun ini.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN berikutan prestasi merosot tiga sukan berkenaan, selain terpalit isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top