11/01/2018 — Saringan Calon, SPRM Terima Senarai BN:- TS Dzulkifli Ahmad Reviewed by Perak BN on . Sempena menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlaku pada tempoh terdekat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan m Sempena menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlaku pada tempoh terdekat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan m Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/01/2018 — Saringan Calon, SPRM Terima Senarai BN:- TS Dzulkifli Ahmad

11/01/2018 — Saringan Calon, SPRM Terima Senarai BN:- TS Dzulkifli Ahmad

perakbn Saringan Calon SPRM Terima Senarai BNSempena menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlaku pada tempoh terdekat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima senarai calon dari parti politik kerajaan untuk disaring.

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, setakat ini senarai calon daripada parti pembangkang tidak diterima pihaknya.

“Pembangkang setakat ini tiada, hanya parti politik kerajaan. Kita terima senarai ini dari semasa ke semasa,”maklum beliau kepada pemberita, semalam.

Bagaimanapun bagi tujuan saringan itu, ia tidaklah mewajibkan untuk calon PRU lulus saringan SPRM sebelum bertanding.

“Saringan calon dibuat secara sukarela dan SPRM akan menjaga kerahsiaan senarai yang diberikan. Selepas terima senarai, kita buat saringan dan kemudian kembalikan keputusan kepada parti politik.

“Kita hanya bantu parti politik yang nak buat saringan ke atas calon-calonnya,”jelas Tan Sri Dzulkifli.

Tambah beliau lagi, SPRM tiada kuasa untuk menghalang mana-mana parti menampilkan calon yang mempunyai rekod rasuah.

“Dari segi perundangannya tak boleh halang mereka dicalonkan sebab mereka layak walaupun dalam siasatan mahkamah. Itu undang-undang sekarang, kalau kalau kita nak ubah perkara tersebut kita kena ubah undang-undang lah,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top