11/01/2018 — Kerahsiaan Buat Semua Penjawat Kerajaan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Soal kerahsiaan maklumat Kerajaan termasuk agensi berkaitan Kerajaan (GLC) hendaklah diperingatkan kepada penjawatnya dari semasa ke semasa, demikian kata Mente Soal kerahsiaan maklumat Kerajaan termasuk agensi berkaitan Kerajaan (GLC) hendaklah diperingatkan kepada penjawatnya dari semasa ke semasa, demikian kata Mente Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/01/2018 — Kerahsiaan Buat Semua Penjawat Kerajaan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/01/2018 — Kerahsiaan Buat Semua Penjawat Kerajaan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kerahsiaan Buat Semua Penjawat KerajaanSoal kerahsiaan maklumat Kerajaan termasuk agensi berkaitan Kerajaan (GLC) hendaklah diperingatkan kepada penjawatnya dari semasa ke semasa, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya, perkara itu bukan sekadar merujuk kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga pentadbiran oleh Kerajaan parti lain.

“Sebagai Kerajaan, GLC dan sebagainya, sama ada ia diperingkat Kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan sama ada ianya diperingkat kerajaan yang diperintahkan oleh Barisan Nasional atau selain itu, kesemua kita tertakluk kepada kerahsiaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, pada Rabu.

Soal kerahsiaan itu ditegaskan semasa perutusan tahun baru 2018 yang disampaikan beliau kepada penjawat awam baru-baru ini.

Dalam hal ini, beliau mahu penjawat awam memberi perkhidmatan secara berintegriti tanpa mengambil kesempatan terhadap jawatan yang disandangnya.

Malah kebolehcapaian penjawat awam mengakses kepada maklumat Kerajaan akan mendorong kepada isu mendapatkan habuan.

“Ada kalangan pihak tertentu yang mungkin turun ke bawah menceritakan bahawa mereka melakukan sesuatu dengan mendapat restu.

“Ataupun mereka berkongsi tentang pelan-pelan tertentu untuk mendapatkan habuan-habuan ataupun menggunakannya untuk mengelirukan orang ramai bagi tujuan kepentingan peribadi, sama ada untuk kewangan ataupun dalam bentuk yang lain,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top