10/01/2018 — Kerjasama Gerakan – MCA Tindakan Bijaksana:-DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kerjasama yang ditunjukkan oleh parti Gerakan dan MCA adalah langkah b Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kerjasama yang ditunjukkan oleh parti Gerakan dan MCA adalah langkah b Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/01/2018 — Kerjasama Gerakan – MCA Tindakan Bijaksana:-DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/01/2018 — Kerjasama Gerakan – MCA Tindakan Bijaksana:-DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kerjasama Gerakan – MCA Tindakan BijaksanaPengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kerjasama yang ditunjukkan oleh parti Gerakan dan MCA adalah langkah bijak dan kehadapan.

Jelas beliau, perkara itu dilihat mengambil kira suasana dan keadaan politik negara pada masa ini tambahan pula dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlaku pada masa yang terdekat.

“Bila ada persefahaman di peringkat kepimpinan dan akar umbi maka jentera-jentera pada musim PRU nanti akan lebih mudah dan tidak berlaku salah faham, tidak berlaku tidak memberi sokongan kepada calon dari mana-mana parti yang dipilih.

“Saya yakin dengan persefahaman MCA – Gerakan, ini langkah kehadapan yang menarik dan bijaksana.

“Kalau kerjasama yang baik ini dilakukan maka ia akan menghasilkan keberangkalian keputusan (PRU) yang baik,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Perkara itu diulas dengan merujuk kepada tindakan pemimpin MCA dan Gerakan yang bersama-sama menghadiri Perhimpunan Teguh Bersama MCA-Gerakan yang diadakan di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ini merupakan kali pertama dua parti yang majoriti ahlinya berbangsa Cina itu mengadakan perhimpunan secara bersama sejak BN ditubuhkan pada tahun 1974.

“Saya melihat kerjasama yang ditunjukkan Gerakan dan MCA adalah langkah bijaksana dalam hadapi suasana politk pada hari ini.

“Secara majoritinya MCA adalah mewakili masyarakat Cina dan Gerakan yang merupakan parti pelbagai kaum,namun majoritinya juga mewakili masyarakat Cina. Dengan adanya kerjasama sebegini ia pastinya membantu memantapkan jentera pada pilihan raya nanti,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry semasa ditemui pemberita di Ipoh, pada Rabu.

Dalam pada itu beliau turut menyambut baik cadangan jika kedua-dua parti itu berkerjasama dari aspek meraikan dan menjayakan sesuatu program secara bersama seperti mengadakan sambutan Tahun Baru Cina.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top