10/01/2018 — Drama Besar Pembangkang, ‘Maha Firaun’ Jadi Sanjungan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sokongan daripada parti-parti pembangkang terutama DAP dan PKR terhadap keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika mereka menang p Sokongan daripada parti-parti pembangkang terutama DAP dan PKR terhadap keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika mereka menang p Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/01/2018 — Drama Besar Pembangkang, ‘Maha Firaun’ Jadi Sanjungan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/01/2018 — Drama Besar Pembangkang, ‘Maha Firaun’ Jadi Sanjungan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Drama Besar Pembangkang Maha Firaun Jadi SanjunganSokongan daripada parti-parti pembangkang terutama DAP dan PKR terhadap keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah satu lagi ‘terbitan’ drama besar.

Perkara itu disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang mana beliau melihat sokongan terhadap bekas perdana menteri itu adalah gerakan Reformasi 2.0 selepas gerakan Reformasi pada tahun 1998.

“Pada gerakan Reformasi pertama seluruh pakatan pembangkang ini, sepakat bersama-sama untuk menjatuhkan Tun M (sebagai perdana menteri), maka mereka melancarkan gerakan reformasi (pada tahun 1998). Tetapi pada hari ini, gerakan yang besar dilancarkan juga seperti gerakan Reformasi 2.0 untuk menaikkan orang yang bernama Tun M.

“Dengan permainan begini rakyat tentunya dapat melihat tentang bentuk parti (itu) yang cuba untuk meyakinkan rakyat, merekalah parti yang mempunyai alternatif.

“Cuba lihat gerakan-gerakan (reformasi) di peringakt awal ini, segala macam kebencian…ayat-ayat yang dilontarkan pada Tun M yang tidak dapat digambarkan…Bahasa yang digunakan terlalu pedih dan menghina seperti ‘Maha Firaun’ (gelaran kepada Tun M ketika itu) dan sebagainya.

“Tetapi hari ini mereka (pembangkang) atas dasar gerakan reformasi juga, orang yang menjadi musuh nombor satu mereka itu kini di angkat,” ulas beliau.

Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam berhubung lantikan Tun Dr Mahathir itu, beliau berkata kepimpinan parti itu menyokong keputusan yang dibuat biarpun ada berlaku perbezaan pendapat oleh segelintir pemimpinnya.

Sementara itu, bagi Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang mewakili komponen parti DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah, bersetuju dengan keputusan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizal Wan Ismail (Presiden PKR) bagi jawatan timbalan perdana menteri.

“Persetujuan menamakan Dr Mahathir sebagai calon PM dan Dr Wan Azizah sebagai timbalannya pada pilihan raya umum ke 14 menunjukkan kesungguhan PH dalam menggantikan pentadbiran Najib Razak,” menurut kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), timbalan Mohd Sany Hamzah (Amanah), timbalan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) dan timbalan Wong Kah Woh (DAP).

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top