10/01/2018 — BN Tidak Beri Pengecualian Kawasan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sama ada kawasan menang atau kawasan kalah, Barisan Nasional (BN) negeri komited memberi perhatian kepada semua kerusi parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN Sama ada kawasan menang atau kawasan kalah, Barisan Nasional (BN) negeri komited memberi perhatian kepada semua kerusi parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/01/2018 — BN Tidak Beri Pengecualian Kawasan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/01/2018 — BN Tidak Beri Pengecualian Kawasan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn BN Tidak Beri Pengecualian KawasanSama ada kawasan menang atau kawasan kalah, Barisan Nasional (BN) negeri komited memberi perhatian kepada semua kerusi parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan mengecualikan mana-mana kawasan bukanlah pendekatan yang dilakukan parti itu.

“Perhatian kita bukan sahaja dikawasan yang menang tipis, tetapi juga kawasan-kawasan yang telah kita menang dan yang kita tewas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, pada Rabu.

Dalam hal lain, beliau diminta mengulas isu ‘perebutan’ kerusi DUN Buntong antara parti komponen MIC dan MyPPP.

Katanya isu menuntut sesuatu kerusi dalam kalangan parti bukanlah suatu perkara yang luar biasa, namun yang penting adalah segala usaha yang dilakukan oleh mana-mana komponen parti hanya demi BN semata-mata.

“Kesemua bekerja untuk BN dan bila kepimpinan membuat keputusan untuk menamakan wakil calon sama ada parti A atau B baik MIC dan myPPP; kesemua mereka perlu akur dengan keputusan.

“Saya mendapat komitmen daripada myPPP di Buntong yang mana wakilnya berkata apa yang dilakukan mereka adalah untuk BN.

“(Tuntutan kawasan) Bukan sahaja berlaku di Buntong tetapi semua tempat. Ada yang kata mereka dapat restu Perdana Menteri lah, Menteri Besar. Reaksi ini adalah secara semula jadi,” demikian reaksi positif Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau bagaimanapun menegaskan dari aspek menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak kepimpinan tertinggi parti.

“Apabila keputusan telah dibuat mengenai calon, semua pihak harus akur menerimanya,” ujar beliau lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top