10/01/2018 — Akhirnya, DAP Yang Untung:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pemuafakatan memberikan DAP bertanding di 35 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akhirnya akan berpihak kepada parti itu secara peribadiny Pemuafakatan memberikan DAP bertanding di 35 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akhirnya akan berpihak kepada parti itu secara peribadiny Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/01/2018 — Akhirnya, DAP Yang Untung:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/01/2018 — Akhirnya, DAP Yang Untung:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Akhirnya DAP Yang UntungPemuafakatan memberikan DAP bertanding di 35 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akhirnya akan berpihak kepada parti itu secara peribadinya biarpun jumlah itu lebih kecil daripada parti PPBM (52 kerusi) dan PKR (51).

Dalam hal ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyuarakan pandangan dan reaksi beliau tentang isu itu yang mana beliau tidak menolak kemungkinan 32 kerusi DAP itu berpotensi dimenanginya.

“Persefahaman yang mereka (PH) istiharkan yang mana ia boleh dilihat dari sudut pembahagian kerusi-kerusi (parlimne); dari beberapa segi salah satu pendekatan itu ialah mungkin mereka hendak test atau benar-benar ia berlaku. Apapun yang paling nyata ialah daripada agihan yang diberikan itu yang paling untung ialah DAP.

“Dengan 35 kerusi yang diberikan dan sebahagian besar DAP sedang ‘pegang’ pada hari ini diwakili oleh wakil mereka; melainkan ada beberapa kerusi-kerusi kecil yang dulunya mereka kalah tetapi diberikan semula untuk dipertandingankan.

“Dari segi kebarangkalian untuk menang kerusi telah diambil kira dan kebanyakkannya (kerusi DAP) itu saya boleh kata hampir kesemua kerusi yang dia sedang menang akan menang,” ujar beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang ditemui selepas mesyuarat exco di Ipoh turut menambah bahawa analisis yang dilakukan beliau secara peribadi itu hanya berdasarkan kepada agihan 169 kerusi parlimen di Semenanjung sahaja.

“Ia (35) cuma peringkat Semenanjung sahaja tidak dicampur pada peringkat Sabah dan Sarawak,”katanya lagi.

Sementara itu, memetik kenyataan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, baru-baru ini, beliau berkata pengagihan yang dilakukan pembangkang ini hanya sekadar mengaburi mata rakyat.

DAP yang kini mempunyai 31 kerusi sudah pastinya sudah mahu mempertahankannya pada PRU akan datang dan dalam masa yang sama dijangka parti itu bertanding di 19 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

“Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi DAP di Semenanjung, 31 daripadanya adalah kerusi yang memang dimenangi DAP di dalam PRU-13.

“Bilangan kerusi yang bakal ditandingi DAP di Sabah dan Sarawak pula adalah 19, sekali gus menjadikan kerusi akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia meningkat menjadi 54.

“54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia pada PRU-14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi akan ditandingi PPBM di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top