09/01/2018 — Tiada Laporan Rompakan Bersenjata Di Bukit Berapit:- Superintende Mohamad Zainal Abdullah Reviewed by Perak BN on . Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian rompakan bersenja Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian rompakan bersenja Rating: 0
You Are Here: Home » General » 09/01/2018 — Tiada Laporan Rompakan Bersenjata Di Bukit Berapit:- Superintende Mohamad Zainal Abdullah

09/01/2018 — Tiada Laporan Rompakan Bersenjata Di Bukit Berapit:- Superintende Mohamad Zainal Abdullah

perakbn Tiada Laporan Rompakan Bersenjata Di Bukit BerapitKetua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian rompakan bersenjata di kawasan Bukit Berapit, Parit seperti yang tular di Facebook baru-baru ini.

Memetik kenyataan di Facebook Polis Diraja Malaysia bertarikh semalam, beliau berkata soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan pasukan polis

“Polis sentiasa mengambil berat isu berkaitan jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Polis tidak menerima maklumat dan laporan kejadian samun atau rompakan di kawasan yang dimaksudkan,” kata Superintenden Mohamad Zainal.

Kejadian rompakan yang dilaporkan di media sosial itu disebarkan menerusi satu mesej bersifat peringatan kepada orang ramai tentang kejadian rompakan bersenjata oleh sekumpulan individu.

Rompakan disasarkan kepada pengguna jalan raya di kawasan Bukit Berapit dan menurut mesej tersebut, ramai yang telah menjadi mangsa.

Penjenayah dikatakan menggunakan taktik melanggar kereta mangsa dari belakang supaya mangsa memberhentikan kereta dan seterusnya merompak mangsa.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top