09/01/2018 — Kesinambungan Dalam Pelan Perancangan, Pengurusan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Tahap pengurusan pihak jabatan dan agensi di negeri ini dianggap adalah yang terbaik, justeru ia sewajarnya diteruskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Tahap pengurusan pihak jabatan dan agensi di negeri ini dianggap adalah yang terbaik, justeru ia sewajarnya diteruskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Rating: 0
You Are Here: Home » General » 09/01/2018 — Kesinambungan Dalam Pelan Perancangan, Pengurusan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

09/01/2018 — Kesinambungan Dalam Pelan Perancangan, Pengurusan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kesinambungan Dalam Pelan Perancangan PengurusanTahap pengurusan pihak jabatan dan agensi di negeri ini dianggap adalah yang terbaik, justeru ia sewajarnya diteruskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan awam mahu aspek kesinambungan dipegang oleh semua organisasi dan ini termasuk dari segi pelan perancangan.

“Dalam Pelan Amanjaya kita buat macam-macam…Arahan saya yang baharu; saya bercerita tentang tandas.

“Kita nak jadikan tandas awam yang bersih, tandas di tempat ibadah yang bersih dan ini perlu ada kesinambungan. Sama juga kita perlu pertahankan dari segi sumber-sumber pelaburan dan kewangan yang baik.

“Saya ingin ucapkan tahniah terhadap pengurusan pihak tuan puan yang terbaik, terima kasih saya ucapkan,” katanya semasa berucap sempena Perutusan Tahun Baru 2018 kepada penjawat awam di Ipoh, pada Selasa.

Sementara itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu agar penjawat awam memberi komitmen yang baik terutama dalam menepati segala janji yang telah dibuat oleh Kerajaan kepada rakyat.

“Dalam konteks Kerajaan Barisan Nasional (BN) kita telah buat janji kepada rakyat.

“Di Perak kita telah selesaikan 32 perkara (yang dijanjikan kepada rakyat) dengan yang terakhir ialah menjadikan Pulau Pangkor sebagai kawasan bebas cukai dan ia telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada sesi pembentangan bajet yang lalu.

“Saya mohon di peringkat jabatan jika kita belum laksanakan (janji), sila maklum kepada kami, ahli-ahli exco, ketua-ketua jabatan supaya kita dapat laksanakan; yang mana perlu disegerakan kita segerakan dan jika ia ambil masa kita akan maklumkan ianya mengambil masa,” ujarnya yang turut mengambil kira penyelesaian kepada perkara kecil-kecil.

Antara elemen lain yang ditekankan beliau ialah mengenai kerahsiaan, kebersihan, keberhasilan, ketepatan bahasa, kelestarian khazanah, kecergasan, kesediaan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top