09/01/2018 — 23 Pelajar MRSM Gerik Keracunan Makanan:- Jabatan Kesihatan Negeri Perak Reviewed by Perak BN on . Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan 23 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengalami wabak keracunan makanan (KRM) yang mana kesemua kes mengal Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan 23 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengalami wabak keracunan makanan (KRM) yang mana kesemua kes mengal Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 09/01/2018 — 23 Pelajar MRSM Gerik Keracunan Makanan:- Jabatan Kesihatan Negeri Perak

09/01/2018 — 23 Pelajar MRSM Gerik Keracunan Makanan:- Jabatan Kesihatan Negeri Perak

perakbn 23 Pelajar MRSM Gerik Keracunan MakananJabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan 23 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengalami wabak keracunan makanan (KRM) yang mana kesemua kes mengalami gejala ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Maklumat kejadian itu diterima daripada laporan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Kinta kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

Tiada kes yang dimasukkan ke wad.

“Punca keracunan makanan ini masih dalam siasatan pihak PKD Hulu Perak. Antara tindakan yang telah diambil oleh pihak PKD setakat ini termasuk memberi pendidikan kesihatan kepada pelajar dan warga sekolah, dan penutupan dapur asrama di bawah Akta Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Menerusi laporan terkini, siasatan awal mendapati kejadian keracunan itu berpunca daripada sajian pasta bersama daging cincang yang dihidangkan pada Ahad malam.

Pelajar yang terlibat ialah 11 lelaki dan 12 perempuan yang mana secara keseluruhannya jumlah pelajar MRSM Gerik itu seramai 444 orang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top