08/01/2018 — Tun M Sebagai PM, Pakatan Harapan Salah Arah:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Keputusan melantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai langkah menuju Keputusan melantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai langkah menuju Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/01/2018 — Tun M Sebagai PM, Pakatan Harapan Salah Arah:- Datuk C Sivarraajh

08/01/2018 — Tun M Sebagai PM, Pakatan Harapan Salah Arah:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Tun M Sebagai PM Pakatan Harapan Salah ArahKeputusan melantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai langkah menuju kegagalan.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan yang dibuat itu bukan berita baik buat masyarakat India di negara ini tambahan pula dasar yang pernah diamalkan perdana menteri keempat itu selama 22 tahun kelihatan mengenapikan hak kaum itu.

“Semasa tempoh pentadbiran Dr Mahathir, jumlah doktor India dikurangkan, sementara itu pemain industri insurans turut terjejas, sekali gus membataskan peluang ekonomi bagi kaum India. Bidang profesional yang biasanya di dominasi kaum India dipengaruhi oleh dasar-dasar yang dibuat, sehingga menjejaskan ekonomi masyarakat India,” katanya.

Keadaan itu diakui sendiri Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila janji dibuat ketika ini di dalam ‘gelanggang’ pembangkang.

Dalam mengembalikan kedudukan yang baik dan stabil terhadap ekonomi masyarakat India, Datuk Sivarraajh berkata ia berjaya dilaksanakan menerusi pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang yang diterajui Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Kita kini mempunyai pemimpin yang kuat dalam pemerintahan Datuk Seri Najib yang telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kaum India.

“sekurang-kurangnya pengenalan kepada Rangka Tindakan India Malaysia (Blueprint 2.0) iaitu dokumen rasmi pertama yang cuba meningkatkan status sosio ekonomi kaum India di negara ini,” katanya lagi.

Oleh yang demikian, beliau mahu rakyat terutama masyarakat India membuka mata terhadap apa yang dibentangkan oleh pembangkang terutama keputusan melantik semula Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Masyarakat India sepatutnya tidak lagi boleh ditipu dengan janji-janji yang dibuat Dr Mahathir hari ini mengenai masa depan.

“Lagipun, Dr Mahathir tidak percaya yang dia melakukan banyak perkara yang salah semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Pemuda MIC akan memastikan masyarakat India kembali kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14 dan pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri hanya akan menjarakkan Pakatan Harapan dengan masyarakat India ,” Datuk Sivarraajh dalam kenyataannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top