08/01/2018 — Pembangkang Undang Politik Tidak Stabil:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Pembangkang mengambil langkah ke arah mengundang politik tidak stabil apabila Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri j Pembangkang mengambil langkah ke arah mengundang politik tidak stabil apabila Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri j Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/01/2018 — Pembangkang Undang Politik Tidak Stabil:- Senator Khairul Azwan Harun

08/01/2018 — Pembangkang Undang Politik Tidak Stabil:- Senator Khairul Azwan Harun

perakbn Pembangkang Undang Politik Tidak StabilPembangkang mengambil langkah ke arah mengundang politik tidak stabil apabila Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum akan datang.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri, Senator Khairul Azwan Harun menerusi twitternya hari ini menyifatkan pemilihan itu dibuat atas dasar untuk meraih kuasa dan kepentingan peribadi.

“Pemilihan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan akan mengakibakan ketidakstabilan politik.

“Pilihan yang dibuat adalah untuk mendapatkan kuasa peribadi, berkepentingan peribadi dan bukannya demi negara dan rakyat.

“Terlalu banyak untuk kita pertaruhkan dengan membuang masa bagi membina dinasti keluarga,” tweet beliau.

Semalam pada Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 di Shah Alam, PH menyatakan kesediaan memilih Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiasuaha Sektretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Mengulas perkara yang sama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinnan pemilihan Tun Dr Mahathir adalah sementara sebelum digantikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apabila dikenang kembali pergolakan yang berlaku antara dua pemimpin itu pada tahun 1998, bukan mudah untuk Mahathir menyerahkan jawatan sebagai perdana menteri itu kepada Anwar, selepas enam bulan atau setahun memegangnya,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top