08/01/2018 — ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’ Memasuki Kawasan Parlimen Ke-40:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Reviewed by Perak BN on . Biro Kebajikan UMNO akan menyelesaikan baki lagi 30 kawasan Parlimen untuk melaksanakan program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’. Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul A Biro Kebajikan UMNO akan menyelesaikan baki lagi 30 kawasan Parlimen untuk melaksanakan program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’. Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul A Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/01/2018 — ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’ Memasuki Kawasan Parlimen Ke-40:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

08/01/2018 — ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’ Memasuki Kawasan Parlimen Ke-40:- Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

perakbn Jom Bantu Rakyat 2.0 Memasuki Kawasan Parlimen Ke-40Biro Kebajikan UMNO akan menyelesaikan baki lagi 30 kawasan Parlimen untuk melaksanakan program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’.

Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berdasarkan kawasan sasaran sebanyak 70 kawasan Parlimen, pihaknya telah memasuki kawasan parlimen ke-40 dengan yang terbaharu ialah Parlimen Dungun.

“Bantuan yang diberikan ini bukanlah bermusim…ia diberikan sejak tahun lepas lagi. Insya-Allah dalam masa dua minggu lagi, kami akan ke Sabah bagi menyelesaikan baki 30 kawasan Parlimen lagi,” katanya.

Program bantuan itu melibatkan pemberian kepada golongan berkelayakkan seperti warga tua, ibu tunggal, mereka yang berpendapatan rendah serta mangsa banjir.

Terdahulu, Datuk Dr Shamsul Nasarah menyampaikan bantuan program itu kepada kira-kira 100 mangsa banjir di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Dungun hari ini.

Katanya kerajaan Barisan Nasioanl dan UMNO sentiasa komited untuk menjada kebajikan rakyat dan ia menjadi agenda utama parti seperti yang difokuskan oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Menerusi program sebegini, ia diharap dapat meningkatkan keyakinan dan kesedaran rakyat bahawa UMNO dan BN adalah pelopor kepada menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira peringkat umur, agama mahu pun ideologi politik,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top