07/01/2018 — Proses Penilaian Berterusan Kenal Pasti Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Barisan Nasional (BN) terus mengamalkan proses penilaian berterusan dalam mengenal pasti calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU), kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Ser Barisan Nasional (BN) terus mengamalkan proses penilaian berterusan dalam mengenal pasti calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU), kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Ser Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 07/01/2018 — Proses Penilaian Berterusan Kenal Pasti Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

07/01/2018 — Proses Penilaian Berterusan Kenal Pasti Calon:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Proses Penilaian Berterusan Kenal PastiBarisan Nasional (BN) terus mengamalkan proses penilaian berterusan dalam mengenal pasti calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU), kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya lagi, penilaian itu turut melibatkan penempatan kerusi bagi parti komponen BN yang akan dipertandingkan.

“Proses pernilaian calon akan berterusan walaupun kita sudah ada tetapi penilaian berterusan akan terus dibuat dan itu adalah amalan Barisan Nasional. Ia bukan sesuatu yang baharu.

“Kerusi seperti biasa juga amalan kita ialah telah dan sedang mengadakan perbincangan dengan semua komponen kita. Dari segi amalan-amalan kita berdasarkan kepada perbincangan iaitu kita akan tentukan nanti di peringkat akhir,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, elemen disukai dan berpotensi menang merupakan faktor utama calon dipilih mewakili parti.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita di Ipoh, pada Ahad ketika mengulas perihal kedatangan PRU ke-14 yang akan berlangsung pada tahun ini.

Beliau yakin bahawa, rakyat tidak lagi terus berteka-teki untuk menunggu kehadiran PRU14 kerana tahun 2018 sudah pasti menjadi tahun penentu.

Justeru, dari segi persiapan BN di negeri ini, kesiapsiagaan jentera sentiasa bersedia pada bila-bila masa.

“kita tahu dalam tempoh beberapa bulan ia (PRU14) akan diadakan dan ia tidak akan ‘pergi’ sampai ke hujung tahun.

“Dari segi persiapan kita sudah pun siap pada bila-bila masa,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top