07/01/2018 — ‘Bandar Kasut’ Wujud Di Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Ipoh bakal menjadi kawasan tumpuan pelancongan apabila diwujudkan Bandar Kasut yang dikenali sebagai Ipoh Shoe City. Mengulas hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ipoh bakal menjadi kawasan tumpuan pelancongan apabila diwujudkan Bandar Kasut yang dikenali sebagai Ipoh Shoe City. Mengulas hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Rating: 0
You Are Here: Home » General » 07/01/2018 — ‘Bandar Kasut’ Wujud Di Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

07/01/2018 — ‘Bandar Kasut’ Wujud Di Perak:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Bandar Kasut Wujud Di PerakIpoh bakal menjadi kawasan tumpuan pelancongan apabila diwujudkan Bandar Kasut yang dikenali sebagai Ipoh Shoe City.

Mengulas hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata Perak yang berpengalaman menjadi negeri pengeluaran kasut terbesar di Malaysia sejak 103 tahun lalu, berpotensi besar dalam industri tersebut disamping mempunyai pakar dalam dunia fesyen berkenaan.

“Saya telah mengesyorkan kepada mereka (pengusaha) pada tahun 2012 dulu agar ke semuanya ini dapat digabungkan dan menjadikan Perak sebagai identiti ekonomi dan salah satunya industri-industri kecil dan sederhana ini dapat digabungkan; akhirnya pihak persatuan (Industri Kasut Perak) telah datang dan mengadakan beberapa kali perbincangan dengan kerajaan negeri dan hari ini saya bersyukur kerana sebuah kawasan yang diberikan kepada persatuan tersebut untuk dijadikan sebagai Shoe City ini menjadi kenyataan,” ujar beliau yang menghadiri majlis pecah tanah di Kawasan Perindustrian Ringan Pengkalan, Ipoh pada Ahad.

Kawasan seluas 26 ekar itu dijangka dibangunkan secara sempurna dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun daripada sekarang.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry turut berkata, industri kasut yang disediakan di negeri ini juga turut mempunyai pasaran antarabangsa.

“Saya mengharapkan kawasan ini akan menjadi satu lagi satu kawasan tarikan pelancong bagi mereka yang akan membeli kasut, termasuk jenama-jenama kasut ataupun kasut-kasut yang dibuat secara handmade, iaitu membolehkan siapa saja untuk mendapatkan kasut yang berkualiti.

“Jadi saya harap Shoe City ini akan menjadi lagi satu produk terkenal negeri Perak dan di peringkat Malaysia dan juga peringkat antarabangsa,” ujar beliau lagi.

Bandar kasut ini akan melibatkan pembinaan 128 buah kilang, 18 buah kedai, hotel dan sebuah dewan konvensyen dengan peruntukan kseluruhan berjumlah RM100 juta.

Di Dewan Konvensyen ia akan menyediakan ruang pameran kasut, muzium kasut, restoran, kedai borong kasut dan sebuah pusat akademi kasut yang merupakan pertama di negara kita.

“Saya yakin dalam negara kita juga akan menjadi tempat ini pengeluar kasut terbesar yang diuruskan oleh kepakaran dan anak-anak tempatan kita sendiri, inilah yang kita banggakan. Saya harap industri perniagaan ini akan dapat berkembang sebaik-baiknya akan terus memakmurkan dari segi industri ekonomi negeri Perak,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top