07/01/2017 — Isu Flat First Garden, Bukan Sekadar Isu Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Berikutan laporan tentang keadaan dan situasi di flat milik persendirian, First Garden, Buntong, Ipoh, ia seharusnya perlu perhatian daripada semua pihak termas Berikutan laporan tentang keadaan dan situasi di flat milik persendirian, First Garden, Buntong, Ipoh, ia seharusnya perlu perhatian daripada semua pihak termas Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 07/01/2017 — Isu Flat First Garden, Bukan Sekadar Isu Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

07/01/2017 — Isu Flat First Garden, Bukan Sekadar Isu Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Isu Flat First Garden, Bukan Sekadar Isu PolitikBerikutan laporan tentang keadaan dan situasi di flat milik persendirian, First Garden, Buntong, Ipoh, ia seharusnya perlu perhatian daripada semua pihak termasuk wakil rakyatnya.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu isu itu tidak sekadar dilihat daripada aspek politik semata-mata.

“Dalam hal-hal yang sebegini, kita bukan hanya sekadar nak main politik atau saya hanya datang hari ini (semalam) bukan semata-mata untuk mendapat maklumb balas ataupun mendapat liputan oleh pihak media tetapi yang paling penting kita semua perlu bersama-sama mengatasi.

“Saya tahu kawasan rumah ini kawasan persendirian, walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melihat kawasan-kawasan seperti ini; kerana kesannya walaupun dalam kawasan lingkungan perumahan tapi kesannya juga kepada masyarakat sekeliling di sini,” ujar beliau semasa ditemui pemberita pada program Gotong-royong di flat tersebut pada Sabtu.

Flat First Garden yang berusia kira-kira 30 tahun itu menjadi lokasi pertama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam melaksanakan kempen Perak Yang Bersih pada tahun ini.

Menerusi laporan dan tinjauan media dan kerajaan tempatan, flat berkenaan berdepan dengan keadaan persekitaran yang sangat kotor disamping masalah keselamatan dan sosial. Isu ini timbul apabila flat berkenaan tidak mempunyai badan pengurusan termasuklah organisasi rukun tetangga (KRT).

“Saya temui penduduk disini tanya bagaimana tentang keselamatan, ada kes-kes yang berlaku melibatkan kecurian dan sebagainya yang terlalu kerap sangat dan ia juga menjadi tumpuan kumpulan-kumpulan tertentu.

“Setakat ini saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana pihak, bila saya melihat masalah itu, ia bukan hanya masalah timbunan sampah, pelbagai faktor-faktor ‘sampah’ yang lain yang perlu kita selesaikan.

“Sebab itu saya akan panggil Datuk Rusnah Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan) untuk duduk dengan segera bersama ahli-ahli Majlis Bandaraya Ipoh, pihak polis dan juga pihak-pihak lain termasuk juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk kita melihat dan membersihkan betul-betul kawasan ini,”kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Mengulas lanjut isu sampah sarap di flat tersebut, beliau berkata sikap dan minda masyarakat berperanan penting untuk mengubah keadaan ini.

“Bila saya melihat timbunan sampah itu; terfikirkan adalah disebabkan fakor kemiskinan, bila kita lihat di kampung, masyarakat yang miskin, ada yang kita lihat di bandar pun mungkin ada faktor kemiskinan tetapi dari segi timbunan sampah kita dapati ada dikalangan mereka walaupun mungkin miskin namun kawasan rumah mereka ada yang cantik, bersih,”ujar beliau yang mahu semua pihak mencari jalan penyelesaian.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top