06/01/2018 — Mendukacitakan Keadaan Flat First Garden:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meluahkan rasa dukacita beliau terhadap keadaan di kawasan pensendirian, Flat First Garden, Ipoh yang ditim Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meluahkan rasa dukacita beliau terhadap keadaan di kawasan pensendirian, Flat First Garden, Ipoh yang ditim Rating: 0
You Are Here: Home » General » 06/01/2018 — Mendukacitakan Keadaan Flat First Garden:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

06/01/2018 — Mendukacitakan Keadaan Flat First Garden:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Mendukacitakan Keadaan Flat First GardenMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meluahkan rasa dukacita beliau terhadap keadaan di kawasan pensendirian, Flat First Garden, Ipoh yang ditimbuni dengan sampah sarap.

Beliau yang mengadakan lawatan yang pertama ke kawasan tersebut pagi tadi, bagaimanapun tidak mahu menunding kepada mana-mana pihak terhadap keadaan yang berlaku itu.

“Amat mengejutkan dari segi keadaan flat berkenaan yang merupakan milik persendirian dan apabila kita melihat kawasan pengurusan ini khususnya sekitar 280 unit; saya difahamkan sebanyak 127 berpenghuni dan sebahagian besarnya kosong dan keadaannya terbiar.

“Yang amat mendukacitakan ialah sampah sarap yang keterlaluannya dan langsung tidak ada rasa simpati ataupun prihatin dengan keadaan yang berada di sini,” luah beliau.

Flat yang berusia kira-kira 30 tahun itu dilaporkan juga tidak mempunyai jawatankuasa kawasan rukun tetangga (KRT) yang mana ia dilihat sebagai salah satu faktor utama flat berkenaan berkeadaan tidak sempurna termasuklah pengabaian aspek keselamatan.

Dalam hal ini, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mahu semua pihak terutama penduduk dan penghuni kawasan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi menyelesaikan situasi yang dialami.

“Kita melihat kawasan perumahan flat First Garden ini, ia tidak boleh hanya sekadar melihat timbunan sampah itu saja, ada pelbagai faktor yang melingkunginya termasuk keadaan sosial, keselamatan, kejiranan dan tanggungjawab antara penghuni yan g ada di sini, kesemua faktor perlu dilihat.

“Daripada apa yang disebut oleh Datuk Rusnah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan), kita mencadangkan pada kadar yang segera untuk menubuhkan KRT bagi membolehkan kesemua yang tinggal iaitu 127 semua ini dapat bertanggungjawab, bekerja bersama-sama dan tidak tinggal masing-masing dalam rumahnya; seperti kita saksikan flat ini menjadi tempat seperti tempat pembuangan timbunan sampah, bukan hanya di flatnya.

“Saya melihat ianya amat mendukacitakan dan kerja-kerja pembersihan yang perlu dilakukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bukan sahaja mengambil tempoh sehari… sebab itu saya minta semua kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak ataupun pihak berkuasa,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry sambil menegaskan peranan pemimpin tempatan dan wakil rakyat terhadap penyelesaian perkara ini.

Lawatan ke flat tersebut juga merupakan agenda kepada program Gotong-royong anjuran MBI yang pertama tahun ini dengan melibatkan agensi seperti SWCorp Perak, badan bukan kerajan, pasukan bomba dan polis.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top