06/01/2018 — MBI Wajibkan Penubuhan MC:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Bagi mengatasi masalah kebersihan di flat First Garden, Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh akan mewajibkan penubuhan Komuniti Pengurusan (MC) kawasan itu. Kata Datuk B Bagi mengatasi masalah kebersihan di flat First Garden, Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh akan mewajibkan penubuhan Komuniti Pengurusan (MC) kawasan itu. Kata Datuk B Rating: 0
You Are Here: Home » General » 06/01/2018 — MBI Wajibkan Penubuhan MC:- Datuk Zamri Man

06/01/2018 — MBI Wajibkan Penubuhan MC:- Datuk Zamri Man

perakbn MBI Wajibkan Penubuhan MCBagi mengatasi masalah kebersihan di flat First Garden, Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh akan mewajibkan penubuhan Komuniti Pengurusan (MC) kawasan itu.

Kata Datuk Bandar, Datuk Zamri Man, merujuk kepada peraturan dan akta, setiap bangunan yang mempunyai status strata sewajibnya bangunan tersebut menubuhkan MC.

“Mengikut akta yang diperuntukan, kita perlu pastikan mereka mewajibkan menubuhkan MC untuk jaga kawasan dan mereka juga perlu kepimpinan yang baik.

“Dengan adanya MC ini kita harap semua pengurusan di kawasan ini diselenggara dengan baik. Itu tanggungjawab MBI (pastikan MC ditubuhkan),” katanya semasa ditemui pada program Gotong-royong bersempena Perak Yang Bersih di Ipoh, hari ini.

Flat tersebut menjadi kawasan sasaran untuk dibersihkan kerana ia antara kawasan yang didapati amat kotor.

Dalam hal ini, Datuk Zamri mahu aspek kebersihan ini dididik dalam diri masyarakat menerusi sikap masing-masing.

“Di peringkat MBI kita ada dua program besar kita buat untuk kempen Perak Bersih.

“Oleh kerana sikap penduduk yang tak nak mengubah ke arah lebih bersih, jadi kita kena serius untuk terus memantau,” ujar beliau.

Jelasnya lagi, peranan MC adalah penting dan perlu digerakkan oleh penguni perumahan dan komuniti.

“Pengurusan ini akan melihat semua aspek termasuk kemudahan awam yang berada di dalam bangunan ini kaki lima, pencahayaan,keselamatan,keselesaan dan sebagainya,” kata Datuk Zamri lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top