06/01/2018 — Flat First Garden: MBI, Polis Laksanakan Tindakan:- Datuk Rusnah Kassim Reviewed by Perak BN on . Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pihak polis melaksanakan tanggungjawab dan tindakan masing-masing dalam isu kebersihan dan keselamatan di kawasan flat First G Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pihak polis melaksanakan tanggungjawab dan tindakan masing-masing dalam isu kebersihan dan keselamatan di kawasan flat First G Rating: 0
You Are Here: Home » General » 06/01/2018 — Flat First Garden: MBI, Polis Laksanakan Tindakan:- Datuk Rusnah Kassim

06/01/2018 — Flat First Garden: MBI, Polis Laksanakan Tindakan:- Datuk Rusnah Kassim

perakbn Flat First Garden MBI Polis Laksanakan TindakanMajlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pihak polis melaksanakan tanggungjawab dan tindakan masing-masing dalam isu kebersihan dan keselamatan di kawasan flat First Garden, Ipoh.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim yang sekaligus menafikan dakwaan mengatakan kedua-dua pihak itu tidak mengambil sebarang tindakan.

“Polis sudah buat rondaan dan dah banyak tangkapan. Kadar dan data tangkapan dan rondaan telah dimaklumkan kepada saya sejak 2017, kalau kata polis tidak buat rondaan itu tidak betul.

“Dalam laporan juga kata MBI tidak ambil tindakan itu juga tidak betul. Tahun lepas sahaja MBI dah datang bersihkan kawasan disini. Sebab itu saya mohon, penduduk, jawtaankuasa dan pemimpin setempat sebenarnya termasuk ahli majlis dan wakil rakyat sama ada pembangkang atau wakil rakyat Barisan Nasional untuk melihat kebajikan penduduk disini,” ujar beliau.

Datuk Rusnah mengulas keadaan flat tersebut yang kotor dan dikatakan menjadi kawasan penagihan susulan tidak sebahagian besar unit flat itu tidak berpenghuni.

Beliau yang mengadakan tinjauan bersama Menteri Besar ke sana pagi tadi turut disertai oleh MBI, polis sera Agensi Antidadah Kebangsaan Negara (AADK).

“Kita ada buat mesyuarat pada bulan ini (2 Januari) dan ia dianggota oleh polis, AADK dan juga wakil MBI. Isu-isu yang dibangkitkan tadi telah kita bincangkan. AADK ada bersama dengan kita untuk meninjau pada hari ini.

“Hari ini untuk kita turun mencari fakta, kalau kita dengar satu pihak ia tidak adil, sebab itu kita turun dan lihat sendiri situasi di kawasan flat First Garden ini.

“AADK akan tengok dan temubual penghuni di sini. Kita dah ada cadangan-cadangan yang turut diberikan oleh penduduk sendiri dan MBI sudah ada.

“Apa yang kita lakukan hari ini, untuk menilai kerosakkan dan situasi di kawasan ini dan kemudian kita akan mengadakan mesyuarat dengan kumpulan yang sama dan juga termasuk bersama wakil penduduk,” ujar Datuk Rusnah ketika ditemui pemberita.

Dalam menyelesaikan masalah di flat tersebut beliau melihat peranan pemimpin penduduk amat penting.

Namun, dalam hal ini flat milik persendirian itu itu tidak mempunyai pihak pengurusan dan sekaligus tiada organisasi jawatankuasa.

“Pelantikan Pengerusi nanti diia perlu seorang yang tegas dan dihormati oleh penghuni. Kalau pengerusi dan jawatankuasa tidak mendapat hormat daripada penduduk, jadi tidak ada apa yang boleh bergerak.Ini pandangan saya,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top