05/01/2018 — Projek Pembentungan, Pastikan Tidak Timbul Kesesakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingkatan pihak kementerian serta pemaju yang terlibat dalam projek pembentungan supaya memastikan proje Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingkatan pihak kementerian serta pemaju yang terlibat dalam projek pembentungan supaya memastikan proje Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/01/2018 — Projek Pembentungan, Pastikan Tidak Timbul Kesesakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

05/01/2018 — Projek Pembentungan, Pastikan Tidak Timbul Kesesakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Projek Pembentungan Pastikan Tidak Timbul KesesakanMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingkatan pihak kementerian serta pemaju yang terlibat dalam projek pembentungan supaya memastikan projek tersebut tidak mengganggu laluan lalu lintas di jalan raya.

Sehubungan itu, pihak yang terlibat sewajarnya mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengelak berlakunya masalah dan keresahan pengguna.

“Saya tidak mahu melihat berlakunya kesesakan ataupun gangguan ke atas lalu lintas di kawasan ini (projek).Jadi projek ini merupakan projek-projek yg besar dan kita pun dimaklumkan ia diurus oleh (pihak) Kuala Lumpur, jadi sebab itu saya tegur sikitlah walaupun projek-projek ini diuruskan terus oleh pihak Kuala Lumpur tapi projek ini buat di Perak, jadi kena tau lah dari segi peraturan-peraturan kerja” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada projek pembentungan khas yang dilaksanakan di bandar raya Ipoh dan bakal dibuat di Pulau Pangkor.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Dr Zambry diberikan aklimat oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkaitan cadangan pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di Pasir Bongak, Pulau Pangkor, hari ini.

“Kita tidak mahu menolak dari segi projek yang dilaksanakan tapi lebih penting adalah kerjasama yang erat untuk projek yang dibuat dan dirancang…yang menanggungnya nanti ialah kerajaan negeri, baik ada kesan politik atau tidak.

“Memang kita nakkan satu sistem pembentungan kumbahan yang baik,” ujar beliau yang juga ADUN Pangkor.

Akui beliau, pembinaan sistem pembentungan kumbahan adalah amat penting bagi sesebuah negara dan kawasan, namun pengurusan yang baik menjadi aspel penting yang perlu diberi penekanan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top