05/01/2018 — Hujan Berpanjangan, Tiga Pusat Pemindahan Dibuka:- Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Reviewed by Perak BN on . Berikutan hujan berpanjangan sejak semalam, tiga pusat pemindahan banjir dibuka di kawasan utara negeri. Masing-masing melibatkan DU Kuala Sepetang dan Trong ya Berikutan hujan berpanjangan sejak semalam, tiga pusat pemindahan banjir dibuka di kawasan utara negeri. Masing-masing melibatkan DU Kuala Sepetang dan Trong ya Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 05/01/2018 — Hujan Berpanjangan, Tiga Pusat Pemindahan Dibuka:- Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

05/01/2018 — Hujan Berpanjangan, Tiga Pusat Pemindahan Dibuka:- Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

perakbn Hujan Berpanjangan Tiga Pusat Pemindahan Dibuka Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana NegeriBerikutan hujan berpanjangan sejak semalam, tiga pusat pemindahan banjir dibuka di kawasan utara negeri.

Masing-masing melibatkan DU Kuala Sepetang dan Trong yang mana pusat pemindahan itu dibuka pada petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memberitahu sehingga pukul 5 petang tadi, seramai 18 mangsa daripada lima keluarga telah dipindahkan.

“Kawasan awal yang dinaiki air adalah Kampung Padang Gajah, Kampung Matang Gelugor dan Kampung Matang Merbau.

“Tiga pusat pemindahan itu melibatkan pusat pemindahan Surau Simpang Halt, Dewan Orang Ramai Changkat Jering dan Dewan Orang Ramai Matang Merbau,” katanya.

Di pusat pemindahan Surau Simpang Halt, ia menempatkan sebuah keluarga membabitkan tiga mangsa.

“Enam lagi mangsa melibatkan tiga keluarga berada di Dewan Orang Ramai Changkat Jering dan baki sembilan mangsa lagi berada di Dewan Orang Ramai Matang Merbau,” katanya.

Susulan cuaca hujan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya melakukan pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top