05/01/2018 — Elak Kelewatan, Atasi Kesesakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Projek pelaksanaan pembentungan khas di Ipoh dan Pulau Pangkor diharapkan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Projek pelaksanaan pembentungan khas di Ipoh dan Pulau Pangkor diharapkan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/01/2018 — Elak Kelewatan, Atasi Kesesakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

05/01/2018 — Elak Kelewatan, Atasi Kesesakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Elak Kelewatan Atasi KesesakanProjek pelaksanaan pembentungan khas di Ipoh dan Pulau Pangkor diharapkan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata jika perkara itu dapat dilakukan maka masalah lalu lintas seperti kesesakan laluan pastinya dapat diatasi dengan baik.

“Difahamkan projek pembentungan di Pulau Pangkor ini siap sehingga 2021, lama itu, kalau mengikut dalam fasa pertama dalam tempoh 2021, dan di Ipoh juga saya difahamkan akan mengambil masa yang panjang (projek siap), jadi ini melibatkan laluan-laluan (jalan raya) yang panjang.

“Paling penting setiap kawasan yang mereka ( pemaju) buat hendaklah pastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas, saya telah beri amaran dan maklumkan kepada Datuk Bandar Ipoh untuk memastikan tidak berlaku kesesakan,”ujar beliau selepas selesai mendengar taklimat projek pembentungan di Pulau Pangkor, di Pasir Bogak, pada Jumaat.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry juga mahu pelaksanaan projek berkenaan dilakukan secara kemas dan tersusun disamping memelihara kebersihan.

Kegagalan pihak pemaju mengikut peraturan tersebut sudah pasti akan berdepan dengan tindakan yang sewajarnya.

“Saya tidak mahu mereka membuat projek itu menyebabkan penuh dgn benda kon-kon yang diletakkan dan sebagainya yang menyebabkan menjadi kotor dan tidak bersusun dan ini memberi gambaran yang tidak baik di bandaraya Ipoh terutama yang terkenal sebagai bandar raya terbersih dalam negara,” demikian teguran beliau.

Projek pembentungan khas ini melibatkan penyambungan paip di satu kawasan ke satu kawasan khususnya pembentungan untuk pembuangan sisa-sisa kumbahan.

“Saya harap tidak berlaku kelewatan terhadap projek-projek ini kerana kalau sekiranya berlaku kelewatan ianya akan menimbulkan keresahan kepada orang ramai,”kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top