03/01/2018 — Kubu Perlindungan British, Kajian Terperinci Dibuat:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung penemuan kubu perlindungan bawah tanah tentara British di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Sh Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung penemuan kubu perlindungan bawah tanah tentara British di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Sh Rating: 0
You Are Here: Home » General » 03/01/2018 — Kubu Perlindungan British, Kajian Terperinci Dibuat:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

03/01/2018 — Kubu Perlindungan British, Kajian Terperinci Dibuat:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kubu Perlindungan British, Kajian Terperinci Dibuat

Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung penemuan kubu perlindungan bawah tanah tentara British di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir penelitian terhadap tarikh sebenar pembinaan serta tempoh kubu tersebut turut perlu dikaji selanjutnya agar fakta yang sahih dapat diketahui.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri kita melihat jika kawasan ini berpotensi dijadikan sebagai tarikan kepada pelancongan khususnya melibatkan warisan kita akan bangunkan kawasan ini namun ia tertakluk kepada pengesahan selanjutnya berkaitan kedudukan kubu perlindungan ini dan kajian lanjutan yang dilakukan oleh Jabatan Warisan sama ada terdapat (penemuan) kubu-kubu yang sama di kawasan ini.

“Kalau ada mungkin kita dapat berbincang dengan Jabatan Warisan, Malaysia Airport Holdings Berhad ,(MAHB) dan polis kerana pernah suatu ketika dahulu kawasan ini digunakan oleh pasukan polis.

“Ia juga perlu perbincangan lanjutan termasuk dengan peringkat Persekutuan,” jelas beliau semasa mengadakan lawatan ke kubu tersebut di Ipoh, pagi tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan juga Ketua Penyelidik Malaya Historical Group (MHG) Shaharom Ahmad.

Kubu berukuran 9×9 meter persegi dengan ketinggian 2.5 meter itu masih utuh dan terdapat dua tiang di dalamnya dengan binaan konkrit dipercayai daripada peninggalan tentera British sekitar tahun 1940 hingga 1941 iaitu digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

“Kita dapati struktur yang dibina itu berada dalam keadaan baik dan saya telah meminta Encik Shahrom dan ahli Jabatan warisan untuk buat kajian lanjut untuk ketahui kesahihan tempoh waktu ia dibina dan berapa usia sebenarnya.

“Saya ucapkan tahniah kepada MAHB dan Jabatan Warisan dan persatuan-persatuan yang terlibat kerana dapat kenal pasti kawasan ini, kalau sekiranya kita boleh bangunkannya sebagai kawasan potensi menarik di Ipoh,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Dari aspek keselamatan, tambah beliau ia turut menjadi faktor utama kepada siri perbincangan lanjutan dengan pihak terlibat yang mana diperingkat negeri ia akan diketuai oleh Datuk Nolee Ashilin.

“Kedudukan tanah perlu diambil kira sama ada kita boleh buka kawasan ini untuk tumpuan pelancong atau tidak.

“Kita akan juga dapatkan maklum balas daripada pihak Persekutuan terutama dari aspek keselamatan sama ada ia berkaitan negara, negeri dan sebagainya,” kata Datuk Seri Diraja Dt Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top