30/12/2017 — SJKC Dijamin Kekal Beroperasi:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Tiada sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) pun yang akan ditutup di negara ini demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Tiada sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) pun yang akan ditutup di negara ini demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 30/12/2017 — SJKC Dijamin Kekal Beroperasi:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

30/12/2017 — SJKC Dijamin Kekal Beroperasi:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn SJKC Dijamin Kekal BeroperasiTiada sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) pun yang akan ditutup di negara ini demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan memberi jaminan bahawa 454 buah sekolah SJKC yang dikenal pasti sebagai sekolah kurang murid (SKM) juga akan terus diberikan hak untuk beroperasi.

“Walaupun terdapat 454 Sekolah Kurang Murid daripada SJKC, tetapi kerajaan komited tidak menutup sekolah berkenaan.

“Ini merupakan satu dasar yang harus dijadikan sebagai satu panduan bahawa pihak kerajaan Malaysia tidak bezakan soal bahasa pengantara dan terus membantu sekolah-sekolah yang mengajar sekolah ibunda mereka,” jelas beliau.

Tambah Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid lagi, susulan jaminan itu juga pihak kerajaan membuktikan komitmennya apabila meluluskan pembinaan 10 buah SJKC lagi di seluruh negara bagi tahun ini.

Berikutan itu, jumlah SKJC yang ada mencecah 1,308 buah.

“Ini secara langsung menolak tohmahan dan fitnah yang mengatakan kerajaan akan menutup sekolah-sekolah berkenaan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ketika ditemui selepas merasmikan program kembali ke sekolah di SJKC Chong San Sungai Burung, Bagan Datuk pada Jumaat.

Meskipun menyedari terdapat segelintir pihak mempertikaikan pelaksanaan SJKC itu, namun Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid berkata kerajaan berpendirian bahawa soal pendidikan perlu diberi keutamaan dan keharmonian kepelbagaian kaum di negara ini dan ia perlu dihormati.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top