30/12/2017 — Kubu Bawah Tanah Aset Baharu Pelancongan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhubung penemuan kubu bawah t Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhubung penemuan kubu bawah t Rating: 0
You Are Here: Home » General » 30/12/2017 — Kubu Bawah Tanah Aset Baharu Pelancongan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

30/12/2017 — Kubu Bawah Tanah Aset Baharu Pelancongan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kubu Bawah Tanah Aset Baharu PelanconganKerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berhubung penemuan kubu bawah tanah di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS),Ipoh.

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir kubu yang dikatakan adalah peninggalan semasa zaman Perang Dunia kedua itu sangat menarik dan berpotensi untuk dijadikan aset pelancongan di negeri ini.

“Insyaallah Kerajaan Negeri akan mendapatkan maklum balas lanjut berkaitan penemuan itu. Jika perlu kita akan mendapat kerjasama daripada pihak Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan dan pelancongan.

“Kerajaan Negeri akan bercadang jadikan ia sebagai satu tarikan pelancongan kerana mungkin ramai ingim melihat dan merasai keadaan kubu sewaktu perang dunia kedua,” katanya semasa diminta mengulas laporan penemuan kubu itu pada kelmarin.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang belum berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak tersebut bagaimanapun yakin ia pastinya bakal menjadi satu kawasan yang menarik untuk diterokai dan dikaji.

Sementara itu, menurut Ketua Penyelidik Malaya Historical Group (MHG) Shaharom Ahmad, kubu berukuran 9×9 meter persegi dengan ketinggian 2.5 meter itu masih utuh dan terdapat dua tiang di dalamnya dengan binaan konkrit dipercayai dari peninggalan tentera British.

Jelasnya lagi berdasarkan struktur kubu itu, pihaknya percaya ia digunakan oleh ahli keluarga dan tentera British untuk berlindung semasa Perang Dunia Kedua pada 1941.

Dalam pada itu, Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata kubu berkenaan terletak di kawasan milik MAHB yang tidak aktif dan pihaknya memberi kebenaran kepada MHG untuk melakukan kajian.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top