29/12/2017 — Jambatan Sultan Yusuf Dibuka Malam Ambang Tahun Baru:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Pada malam 31 Disember ini, pengguna kenderaan ringan dijangka boleh menggunakan Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Pada malam 31 Disember ini, pengguna kenderaan ringan dijangka boleh menggunakan Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Rating: 0
You Are Here: Home » General » 29/12/2017 — Jambatan Sultan Yusuf Dibuka Malam Ambang Tahun Baru:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

29/12/2017 — Jambatan Sultan Yusuf Dibuka Malam Ambang Tahun Baru:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn Jambatan Sultan Yusuf Dibuka Malam Ambang Tahun BaruPada malam 31 Disember ini, pengguna kenderaan ringan dijangka boleh menggunakan Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Terlebih dahulu. Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan sesi ujian dan pemeriksaan akhir bagi memastikan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan berfungsi dengan baik dan seterusnya memastikan struktur jambatan stabil.

“Kerja-kerja ‘jack in’ dan pemasangan ‘bearing pad’ telah siap dibuat petang kelmarin (Rabu).

“Semalam pula kerja-kerja di sebelah atas ‘bridge joint’ dan penyediaan TMP dibuat di tapak.

“Pemeriksaan dan ujian akhir akan dibuat hari ini. Insyaallah, jika semuanya berfungsi dengan baik dan tiada masalah, kita akan buka pada 31 Disember ini pada sebelah malam sebelum Tahun Baru untuk kenderaan ringan sahaja seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya kata Datuk Zainol yang ditemui di Teluk Intan, hari ini.

Kerja-kerja membaiki Jambatan Sultan Yusuf setakat ini mengikut perancangan seperti yang ditetapkan yang mana tarikh pembukaan bagi kenderaan ringan disasarkan pada 1 Januari nanti.

“Pada masa yang sama kerja-kerja selanjutnya dan pemantauan akan dibuat untuk memastikan jambatan bersedia digunakan kenderaan berat pula yang dijangka antara April atau Jun tahun depan,” jelas beliau lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top